Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, December 11, 2009

Menentang Budaya KONSERT



Menentang Budaya Konsert : Apakah justifikasi Gerakan Pelajar?

Semasa membelek buku2 untuk dijadikan bahan bacaan, terpandang sebuah buku berkulit kuning. Emph...macam menarik! Sehelai demi sehelai lembaran dibuka. Oklah....nak beli buku ni...macam best!!!

Di bilik terus Solehah buka dan baca. Antara kandungan yang menarik perhatian ialah berkaitan dengan Konsert. Sekarang KONSERT bermaharajalela......disini ada, di sana ada...DAH X KIRA TEMPAT( contohnya di tempat yang kita istilahkan sebagai GEDUNG ILMU) , x kira masa.....mungkin lagi cepat dan kerap tumbuh berbanding cendawan....apala nak jadi....

Sahabat2, mungkin kita perlu cakna dan ambil perhatian tentang perkara sebegini. Setiap hari media elektronik memaparkan rancangan2 hiburan; tidak terlepas konsert2 ( rasanya sahabat2 faham konteks konsert yanga Solehah maksudkan). Jika banyak kebaikan tidak mengapa, ini lebih banyak keburukan berbanding manfaat. Pengaruh negatif lebih tinggi vs positif.


Sedikit perkongsian berkaitan isu ini.


Buku: Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad (m/s 62, 63, 64).

Penulis : Riduan Mohamad Nor.

Kesan Daripada penguasaan kelompok Islamis di kampus telah menyebabkan mereka sangat kritis dengan budaya konsert dan pihak penganjur konsert sehingga pernah terjadi perdebatan isu di antara Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan pimpinan-pimpinan pelajar pada Febuari 1988. Konsert yang ditentang oleh pelajar bukan sahaja yang hendak diadakan di kampus tetapi juga di luar kampus seperti di Stadium Merdeka . Menurut memorandum BBMN(Barisan Bertindak Mahasiswa Negara) berkaitan dengan bantahan konsert, alasan mereka menentang ialah kerana :


1. Budaya rock bertentangan dengan falsafah kebudayaan yang sedang diusahakan sekarang.

2. Tidak menghormati ucapan PM (ketika ini era pemerintahan Tun Dr Mahathir) ketika merasmikan Minggu Penyiaran yang tidak mahu budaya kuning diamalkan di Malaysia.

3. Suatu penghinaan terhadp usaha kerajaan untuk membantu umat Islam di Palestin sedangkan dalam masa yang sama membenarkan propaganda Yahudi dijalankan dengan sewenang-wenangnya.

4. Dalam keadaan negara yang tidak menentu ini, adalah kurang wajar ditambah dengan masalah-masalah yang tidak menguntungkan rakyat.

5. Keuntungan yang didapati daripada konsert ini amat kecil jika dibandingkan dengan tergadainya maruah rakyat dan negara.

6. Budaya rock adalah budaya yang mementingkan keseronokan, keganasan dan liar, dan kebanyakan propaganda Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.

7. Mewujudkan masyarakat yang suka berhibur dan pengalaman budaya kuning yang tidak menjamin keutuhan kepimpinan masa akan datang.

8. Menjerumuskan belia-belia khususnya belia-belia Islam ke arah keseronokan dan kelalaian semata-mata tanpa mengikut batas-batas berhibur yang dikehendaki oleh Islam.

9. Menambah-pesatkan gejala dadah dan sosial yang mana sebelum ini tidak dapat dibendung bahkan ratusan juta wang kerajaan telah dibelanjakan untuk pemulihan dan kawalan ke atas gejala ini.


Peratusan penonton yang terlibat adalah daripada kalangan belia Melayu yang mengaku Islam. Oleh itu untuk menjadikan belia contoh kepada belia-belia bukan Melayu adalah amat menyedihkan.

Namun terdapat sisi yang berbeza bagi Hishamuddin Rais (2001) dalam melihat bantahan demi bantahan kelompok Islam terhadap budaya konsert di kampus universiti.


“Berita seperti ini (bantahan konsert:penulis) memperlihatkan warga kampus universiti 2 semakin tidak berupaya menyediakan ruang ilmu dan ruang demokrasi untuk menerima, melihat atau menilai kelahiran bentuk-bentuk seni yang baru, sihat dan mencabar. Apa yang beranak-pinak di kampus hari ini hanyalah kejulingan dan kekolotan pemahaman tentang budaya dan bentuk-bentuk seni budaya. Suasana kolet dan gering ini telah lama berakar umbi di kampus-kampus. Justeru, kampus2 telah menjadi padang jarak padang terkukur vis-a-vis aktiviti budaya dan sosial anak-anak pelajar. Cuaca dan suhu budaya kampus seperti ini telah melahirkan fenomena yang boleh kita gendrekan sebagai fenomena antikegembiraan hidup”.


Pelbagai pandangan telah dilontarkan masyarakat dalam menyikapi sikap pelajar, ada yang melihat di sisi hitam namun ada yang menyokong sikap tegas gerakan mahasiswa dalam mengangkat martabat generasi muda supaya menjadi aset negara . Kerajaan juga terpaksa akur dengan asakan gerakan pelajar ini dengan membatalkan konsert kumpulan Scorpions dan MJ. Pihak pentadbiran universiti juga menjalankan dasar berhati-hati dalam meluluskan sebarang konsert di kampus akibat daripada dominannya pengaruh kelompok Islamis dalam persatuan pelajar termasuk kepimpinan peringkat kolej kediaman.

Mahasiswa Memimpin Perubahan.

11 Dis 2009, 7:00 am waktu Malaysia.

Mandat Pemerintahan Kepada Pemimpin



Cikgu Zaleha bertanya kepada para pelajarnya yang baru berusia 8 tahun tentang cita-cita mereka. Ramai yang ingin menjadi doktor, polis, askar, cikgu.....tak ramai yang ingin menjadi angkasawan mahupun juruterbang kerana masih belum dibuka seluasnya minda mereka berkaitan profesion kerjaya. Apa yang biasa dihadapkan dihadapan mereka, itulah yang lebih mudah mempengaruhi minda dan jiwa mereka. Tiba-tiba seorang pelajarnya berkata ;


“Cikgu! Cikgu! Saya nak jadi Perdana Menteri.......Saya nak jadi ketua. Bagi arahan.”


Semua bertepuk tangan memberikan sokongan disertai dengan tawa riang... Mungkin sedikit geli hati dengan cita-cita tersebut...

Cikgu Zaleha tersenyum dan setelah demokrasi berjalan dalam pemilihan ketua darjah, budak pelik ini menjadi ketua darjah. Emph....tersipu-sipu malu dia menerima jawatan itu.Kini budak itu telah dewasa. Dengan keyakinan dan kepimpinan yang ditanam dalam dirinya semenjak kecil, budak kecil itu masih diberi mandat pemerintahan untuk memimpin dalam organisasinya.



Kepimpinan luas skopnya. Kepimpinan dalam diri sendiri, dalam organisasi dan pertubuhan, kepimpinan dalam siasah, kepimpinan dalam bidang agama dan sebagainya. Pemimpin itu tidak lahir dengan sendirinya tetapi memerlukan latihan yang berpanjangan serta pengalaman yang pelbagai.

Adakah kita pemimpin?

Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa manusia ialah khalifah di muka bumi ini. Jadi tidak salah jika Solehah mengatakan bahawa mandat pemerintahan telah diamanahkan kepada kita iaitu manusia.

Sejauh mana kita menunaikannya????? Masing2 ada jawapan..

Mari kita lihat dalam skop yang lain pula. Teringat pula kisah Saidina Umar berkaitan mandat pemerintahan untuk pemimpin....


Saidina Umar pernah bertanya kepada sahabat2,

“ Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin2 membantuku, apakah aku telah melaksanakn amanah kepimpinan ini denagn baik?

Sahabat2 menjawab:

“Sudah tentu, wahai amirul mukminin ...” sebaliknya Umar menjawab,

“Belum. Sehingga aku memastikan orang yang baik itu melaksanakan kebaikannya!”

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita? Sudahkah dilantik orang yang baik? Itu pun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu melaksanakan kebaikannya? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar.


Sahabat2 mesti pernah menjadi pemimpin kepada organisasi bukan? Tidak kiralah AJK program atau AJK kelas sekalipun...setiap jawatan masing2 menuntut agar pelaksanaan dijalankan sebaik mungkin. Buat bersungguh2....


Teringat kata2 sahabat Solehah, semakin tinggi atau banyak amanah, semakin dekat dengan neraka. Apabila memegang jawatan, ironinya atau bidalannya ..kita telah meletakkan sebelah kaki ke neraka..Berat amanah ini sebenarnya....makin tinggi, makin dalam...


Melalui kepimpinan juga kita akan lebih nampak kelebihan mahupun kekurangan kita. Semakin banyak teguran dan kata2 menghiris hati tiba berganti2 dengan kata2 sokongan. Hakikat dunia kepimpinan, ada pasang ada surut...

Walau apa jua posisi kita sama ada pemimpin kepada diri sendiri atau sebagainya, mari kita sama2 menjadi pemimpin sebaik mungkin yang tidak tegar meninggalkan amanah sewenang2nya. Benar, kita tidak sempurna, ada masanya semangat kita merundum dan kita tidak terdaya langsung untuk bangkit....tetapi kita juga bukan insan yang mudah patah semangat. Semoga keberkatan Allah ada bersama2 kita wahai sahabat2...


Salam kepimpinan. Kepimpinan membawa perubahan ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

11 Dis 09: 2:04 am.

Tuesday, December 8, 2009

Untuk Kalian

Untuk kalian, Adik-adikku.

21 Zulhijjah 1430H, 1:48am.


Assalamualaikum, adik-adikku,

Kakak teringat doa yang kakak belajar dahulu:


Ya Allah, rezekikan kepadaku untuk MENCINTAIMU,

Ya Allah, rezekikan kepadaku untuk MENCINTAI INSAN2 yang mencintai-Mu,

Rezekikan kepadaku untuk ikhlas melakukan amalan semata2 kerana-Mu..

Rezekikan kepadaku untuk hidup dan mati dalam iman kepada-Mu..Amin.



Hidup sentiasa melegarkan cabaran dan persoalan. Kita garap, capai segala peluang dan kita hadapi ujian dan cabaran. Adik-adikku, kalian insan yang dipilih Allah untuk menjalankan tugas dan amanah. Maka laksanakanlah dengan penuh keikhlasan dan redha dengannya.

Maaf,

Mungkin kakak bukan yang terbaik untuk menjadi kakak kalian semua,

Kakak bukan setaraf ahli sufi; Rabiatul Adawiyah yang sentiasa menangis menyesali dosa2 lalu

Kakak bukan pakar tasawwuf yang mampu meluruhkan air mata keinsafan sepanjang masa

Kakak bukan ilmuan terkenal yang penuh dengan ilmu di dada,

Kakak bukan pelembut jiwa hati manusia,

Kakak hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan dosa2,

Kakak tidak mengharapkan kalian untuk hormat atau patuh pada kakak,

Mungkin tidak selayaknya kakak dilayan sedemikian rupa,

Cuma kakak mahu kalian membesar menjadi insan2 berguna, bergerak dan bekerja demi agama Islam,

Berusaha untuk tidak berkira dan sanggup berkorban,

Hidup untuk memberi..

Bukan pada ganjaran tetapi peranan...


Maaf, andai sepanjang perkenalan ini tiada apa yang kakak dapat berikan.

Kalian insan2 yang kakak sayang,

Tegur kakak, marah kakak tanda sayang,

Moga tiada hati yang robek,

Moga tiada jiwa yang merana,

Moga tiada kata2 yang menusuk kalbu,

Sayang selamanya..

Wassalam.

Warkah buat adik2ku.


Warkah dibaca berulang2 kali. Adik2 Atul menangis membaca warkah kakak mereka. Benar, mereka nakal dan tidak dengar cakap. Mungkin sudah terlewat untuk kakak mereka dipeluk dan dipohon keampunan, namun mereka tahu kakak mereka sayang mereka dan ingin mereka belajar daripada kesilapan.Masih belum terlewat untuk membaiki diri, yang penting ingin berubah menuju kebaikan.


Mengapa ada pemadam? Supaya apabila pena pensel mencoretkan kesalahan dapat dipadam dan dilukis semula .Kali ini lebih baik. Hidup pasti tidak sempurna tanpa kesilapan namun perlunya kesedaran dan keinsafan untuk memacu kembali ke arah jalan yang lurus.


Hargai insan2 disekeliling anda sebelum mereka pergi tidak kembali lagi.

Salam persahabatan.

2:16am, 8 Dis 2009.



Monday, December 7, 2009

Apa Nilai 'SEJARAH'?

Kelas tingkatan 4 Ibnu Rusyd hingar bingar sebaik sahaja diberitahu adanya kelas tambahan subjek Sejarah minggu ini. Mana taknya, semua sangat fobia dengan Sejarah. Ada yang kata x minat, x kurang pula yang cakap bosan, susah nak ingat fakta, banyak sangat nak kena baca, leceh dan sebagainya.....sampaikan ada yang bagi strategi untuk tidur iaitu dengan membuka buku Sejarah...

"Cuba korang try buka buku Sejarah, gerenti senang tido punya!!!!"luah rakan sekelas.

.hehe..macam-macam...

Kesian cikgu Sejarah kami. Namanya Cikgu Mat..Bagi Solehah Cikgu Mat memang best mengajar....emph..mungkin sebab Solehah minat Sejarah....Semoga cikgu bahagia....

Sejarah ialah kisah dahulu dan cerminan masa hadapan.

Setiap insan, organisasi, setiap negara, masyarakat, agama ada sejarah yang tersendiri.....Apa nilai Sejarah pada pandangan mata individu terpulang pada setiap individu namun tanpa adanya penerapan dan pemahaman sejarah lalu, tidak mungkin seseorang itu mampu menganalisis diri, meningkatkan produktiviti dirinya, memperbaiki kelemahannya mahupun mengambil pengajaran dan iktibar. Sejarah memang ada nilaian di sisi insan mahupun semuanya.

Sejarah menipu atau tidak?

Semasa di bangku sekolah menengah, Solehah gemar bertanya berkaitan Sejarah negara yang memang di luar kotak "buku teks". kenapa begitu, mengapa begini......Sampaikan Cikgu Mat tersenyum dan berkata; Saya x dapat ceritakan semua kebenarannya dan saya x dapat ceritakan semuanya. Kamu kena usaha mencari dan ada yang memang x mampu dijawab dengan kata2. Nanti kalau kamu belajar lagi tinggi, lagi jauh..kamu akan faham...
Ada benarnya kata2 cikgu...
Semakin kita kenal sejarah, semakin kita kenal jati diri...asalkan ia bukan sejarah yang menipu..pasti kita akan peroleh sesuatu..

Wassalam..

Tuesday, November 17, 2009

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Assalamua'laikum sahabat2. Salam muhasabah buat semua.
Teringat bait2 lirik lagu 'Wanita' nyanyian Dehearty.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, jua dekat di hati untuk dikasihi.

Hakikat wanita sebagai hiasan dunia....Wanita yang mengadun peribadi berlandas ajaran agama adalah seindah hiasan dunia.
Semua wanita ingin dan berusaha untuk menjadi yang terbaik baik dari sudut akhlak, peribadi, gerak kerja, segalanya....namun kami jua terima bahawa kami tidak sempurna......Sedaya mampu kami laksana....mudah2an ada pertolongan dan rahmat Allah sentiasa...Amin..

Eksplorasi maya berjalan dan akhirnya Solehah menjengah seketika blog iluvislam. Tertarik dengan tajuk 'lelaki yang ditarik wanita ke neraka'. Moga ada sesuatu yang kita boleh ambil iktibar dan ibrah.Salam perkongsiaan.

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita
, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

Sumber: iluvislam.com

Tuesday, November 10, 2009

MARAHnya Seorang Insan.

"Geramnya.....nak exam pun cari pasal lagi dengan aku! Dahla asyik aku je yang mengalah....Makan hati tiap2 hari......Fuh..tarik nafas panjang2..Napela masalah ni datang sekarang.......Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ni......"


(Ambil air sembahyang...dan mula start muhasabah diri. Kenapa perasaan marah ni datang ya?!!!!Emph....)


KENALI MARAH DAN NAFSU

oleh Zakaria bin Md Shah

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

Solehah: Emph.....moga2 lepas ni dapat jadi insan yang bijak mengawal kemarahan dan lebih bersabar dengan karenah manusia...Amiin...
Salam muhasabah buat semua.

Sunday, November 8, 2009

Moga Soleh dan Solehah itu ada pada kita...


Salam perkhabaran buat semua sahabat. Bertemu di meja pena buat kesekian kali. Moga rahmat Allah sentiasa ada buat kita. Salam imtihan jua. Bertarung dan terus bertarung sehingga kertas peperiksaan yang terakhir........ + doa + tawakkal kepada Allah swt.

Jalan Wanita Menuju Ke Syurga.

- Ciri2 wanita solehah.
Secara umum, erti wanita yg solehah itu ialah wanita yg baik menurut pandangan penilaian msrkt Islam sekelilingnya. Bila seseorang wanita telah diakui baik oleh msrkt maka dalam pandangan Islam dikatakan Solehah.

Makna dr istilah : Soleh - orang yg beriman dan beramal soleh menurut ajaran Al-Qur'an, hadis dab perilaku salafus soleh.

6 ciri utama.
- berbuat baik kpd orang yang pernah berbuat jahat kepadanya.
-Bersilaturrahim dgn orang yg memutuskan silaturrahim dgnnya.

-memberi maaf kpd orang yg pernah menghalangi usaha-usahanya.
-masih memberi peluang untuk percaya kpd orang yg pernah berkhianat padanya.

-menyapa orang yg pernah menghalaunya.
-menghormati dan memuliakan orang yang pernah menghinanya.


Nabi s.a.w bersabda:
1) "Sesungghnya dunia ini adalah harta benda, dan sebaik2 harta benda dunia ialah wnita yang solehah"
(rwyt Nasa'i dan Muslim)


2) "kahwinilah wanita itu krn 4 perkara: krn hartanya, krn keturunannya, krn kecantikannya dan kerana agamanya, maka ambillh wanita yg taat kpd agama nnti kamu akan beruntung" (riwayat bukhari dan muslim)

Jom kita sama2 berusaha jadi insan yang semakin dekat dengan Allah....!!!!!


Firman Allah: maksudnya:
Dan mohonlah kpd Tuhanmu dengan perasaan takut dan penuh harap sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang2 yang berbuat baik. (Al-Qur'an - al-A'raf:56)

Salam muhasabah.wslm.