Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)
Showing posts with label perkongsian pendapat. Show all posts
Showing posts with label perkongsian pendapat. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

FIKIR,NILAI dan TAHU




Assalamualaikum  w.b.t  buat sahabat maya semua.....Ucapan salam yang membawa motif keselamatan,kerahmatan dan keberkatan yang selalu didoakan oleh kita sesama muslim.Dengan izin Allah,moga kita semua mendapat keselamatan,kerahmatan dan keberkatan dari-Nya.

Setiap manusia telah Allah sediakan tempatnya yang tersendiri”.Antara ayat-ayat memujuk yang selalu saya gunakan pada diri sendiri.Teringat kata-kata Ustaz Nik Abduh ketika beliau hadir ke Kota Kinabalu dahulu,”Kehidupan Allah telah rancang,jangan minta rehat dari Allah.Allah uji dengan arus yang Allah mahu,bukan yang kita mahu”.

Sedar akan kehidupan hanya sekadar fana,tidak kekal....Sedar juga akan hidup yang umpama roda.Sentiasa berputar dan berputar.Pasti kita akan melalui fasa-fasa berada di atas, di tepi dan di bawah.Oleh sebab itu,harapan pada-Nya kena sentiasa kita titipkan,jangan biar putus dek rasa sedih,kecewa,bongkak,riak dan seumpamanya.

Saturday, November 20, 2010

Cinta Putih 2



Bismillahirrahmanirrahim....


Berkata Sahl bin Abdullah,-Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Qur'an. Tanda cintakan al-Qur'an adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunnah baginda. Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri. tanda tidak mencintai diri sendiri adalah tidak mencintai dunia dan tanda membenci dunia ialah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.

**********************************************************************************


Assalamualaikum,

setelah hampir tiga minggu tidak membuka laman maya ini, terasa perlu untuk dijengah walaupun seketika. Dunia masih meneruskan sisa-sisa umurnya yang ada...begitu jua kita sebagai manusia....tidak kira berhampiran Gunung Merapi kah kita......di Tasik Tonle Sap.....di padang Afrika....kutub utara atau dimana-mana sahaja.........kehidupan perlu diteruskan. Sebagus mana kita semua diangkat dan dipuji, seteruk mana kita dicaci dan diumpat.....semuanya harus ditempuhi dengan hikmah dan bijaksana. pendek tetapi berisi....-kehidupan di dunia tidak kekal...akhirat yang kekal abadi.

************************************************************************************


"berkorban apa saja....harta ataupun nyawa ..itulah kasih mesra...sejati dan mulia....."


sedikit ungkapan daripada lirik nyanyian lagu oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...Benar...berkata tentang pengorbanan, apa yang terfikir di benak fikiran kita sekarang? Sedang mengimbas kembali bentuk2 pengorbanan, berapa banyak diri berkorban atau pernah dan selalu terkorban?.... :) Pengorbanan menuntut kerelaan dan keikhlasan hati yang penuh....baru terasa nikmatnya pengorbanan.....baru terasa sampai ke hati.....susahnya untuk berkorban......namun bila berdikit2 melakukannya....akan terasa jua walaupun sedikit..

Sebenarnya...sedar ataupun tidak kita telah dan pernah berkorban.....baik untuk orang-orang tersayang , organisasi...dan sebagainya...:)


************************************************************************************


"kak...janganlah macam ni. Ni kan duit yang kakak kumpul untuk kakak, emak dan ayah tunaikan haji tahun ni,' Ehsan menolak pemberian kakaknya.



"tapi Ehsan lagi perlukannya.....kakak boleh kumpul lagi dik...emak dan abah akan tetap pergi sana.kakak....InsyaAllah, ada rezeki kakak...adala untuk kakak sampai ke Mekah nanti. Ehsan lagi penting."



"kak....isk...isk....terima kasih kak. Saya janji..saya akan belajar bersungguh-sungguh ...",ikrar Ehsan.


"Alhamdulillah, ingat ya...peluang datang hanya sekali..Ehsan kena ambil peluang ni... Buktikan pada kakak, emak abah yang Ehsan boleh buat.......yang penting...kena lagi hebat dari kakak.....hehe.."..


pak man dan mak limah menangis syukur....alhamdulillah, berkat doa mereka....bukan sahaja mendapat anak yang soleh solehah tetapi sanggup berkorban dan membantu antara satu sama lain. Benar, walaupun mereka miskin harta, namun jiwa dan akhlak yang terdidik secara baik mampu memandu mereka sekeluarga kepada kasih sayang dan pengorbanan. pak man dan mak limah akan berdoa dan terus berdoa rahmat sentiasa melimpahi keluarganya.....


************************************************************************************


-Pengorbanan kembali kepada Islam...Semoga segala pengorbanan mendekatkan lagi diri kepada-Nya.insyaAllah...-




Sunday, September 5, 2010

Bingkisan di akhir Ramadhan


(Jangan Lupe Solat!!! Betul3x!!!!)
Salam pertemuan buat kesekian kalinya ....Alhamdulillah, sudah masuk 26 Ramadhan.., tinggal baki 4 hari sahaja untuk berpisah dengan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu.Entah bertemu atau tidak Ramadhan yang akan datang..(sedihnya...tambah lagi sedih bagi sesiapa yang tidak pulang bercuti sempena Aidilfitri..hehe..)


Bak kata Raihan dan Man Bai...'kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna, .....tidak aku biarkan Ramadhan berlalu saja,Tuhan pimpinlah diriku yang lemah mengharunginya dengan sabar......'


Masa sekolah, Ustaz ustazah selalu soal...'murid-murid.., sapa tau apa makna puasa?"

Ramai yang cakap tak makan, x minum dari subuh sampai senja...lepastu boleh makan banyak-banyak.. Apabila ditanya sape puasa penuh..emph, x bnyak yang angkat tangan.Maklumla masih budak-budak....tapi semakin besar..berdikit-dikit menambah bilangan hari untuk berpuasa.....Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa ialah ganjaran bagi setiap hari anak-anak kecil mereka berpuasa....Ana tidak terlepas juga dari mendapat imbuhan..satu hari satu ringgit..itupun dah macam banyak betul semasa zaman kecil2...:)


Apabila melihat senario masyarakat kini, ada segelintir yang tidak mampu untuk menghormati bulan Ramadhan..masih ada warga dewasa yang tidak faham mengapa dan kenapa perlu berpuasa...Kalau tidak, pasti tidak akan ada gerai-gerai yang dibuka sambil lewa untuk memberikan khidmat makanan kepada warga yang diistilahkan Islam tetapi tidak berpuasa..Mungkin tiada penghayatan, mungkin terlalu naif untuk menerima bahawa puasa terkandung hikmah ..bukan berlapar semata-mata., bukan menyeksa diri semata-mata.Dari sudut kesihatan, dari sudut kemanusian, penerapan nilai-nilai murni dalam diri, pengekangan nafsu diri termasuk jua nafsu syahwat, penghayatan nilai Islam, meringankan badan untuk beribadah, membina sistem ketahanan diri dan membawa diri lebih fleksibel dengan apa jua situasi,cuaca dan persekitaran.( Emph...itu pada pendapat ana selaian dari hikmah2 lain seperti pahala berganda2 dan etc..).


Situasi di kampus agak lengang, sepi tak juga..tapi sunyi..emph..Ramai yang balik ke kampung halaman memandangkan cuti berkembar dengan cuti pertengahan semester. Apapun, selamat menempuhi baki Ramadhan yang tinggal, selamat beribadah, selamat meluangkan masa bersama insan-insan tersayang, selamat menghayati keindahan kehidupan yang Allah kurniakan dan salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada yang mengenali diri. Moga hidup mati kita dalam landasan iman dan taqwa kepada Tuhan Sekalian Alam..Allah s.w.t.