Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, March 30, 2011

Kata dan Usia.

Assalamu'alaikum, salam sejahtera kepada semua insan yang sentiasa dalam pemerhatian Yang Maha Kuasa. Saya mulakan coretan pada madrasah saya pada kali ini dengan menitipkan suatu kata-kata......

"Kematangan pada setiap individu tidak sama.....kata-kata belum tentu mampu menterjemahkan usia, begitu juga dengan usia yang belum pasti mampu menjana kata-kata seiring dengannya."

Mungkin ada yang bersetuju, dan pasti akan ada yang berpendapat sebaliknya. Terpulang..kerana pendapat dan pemikiran kita juga berbeza...:)

Kerap kali saya menjengah rumah-rumah blog dan perhentian maya yang pastinya setiap perhentian menjanjikan ilmu dan perkongsian pengalaman yang berbeza. Kagum dengan hasil tulisan dan cernaan idea mereka.....seringkali membuat saya berfikir......

Mampukah menjadi penulis maya seperti mereka? Saya ingin menulis dengan penuh perhatian dan rasa hati....Penulisan saya bukan sahaja untuk dicatatkan di blog, tetapi menjadi diari dan coretan kenangan serta peringatan kepada saya dari semasa ke semasa. Mungkin saya lebih berminat untuk mengupas isu-isu semasa dan sekitar mengikut pandangan akal saya, dan adakalanya memang diakui termasuk dengan emosi apatah lagi perkara berkaitan peperangan, penindasan, karenah birokrasi dan seumpamanya. Berkongsi rasa dan perasaan dengan pelawat2 blog Madrasah Hati Hidayah ini.

Dunia digital kini memudahkan penyebaran maklumat. Maka seharusnya menjadi ruang dan medan kepada para ilmuwan, para pendakwah untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada dengan menyalurkan seberapa banyak ilmu dan maklumat. Saya pernah menyatakan kepada salah seorang sahabat saya supaya berdakwah di blog memandangkan hasil penulisannya amat menarik minat saya. Kebetulan pula dirinya bukan seorang yang "suka" untuk tampil dalam memberikan pendapat di khalayak ramai....di hadapan saya, dia banyak melontarkan idea. Justeru itu, saya mencadangkannya untuk berdakwah di medan maya ataupun di medan penulisan. Berdakwah dan menyampaikan ilmu pada kadar kemampuan kita...Jika kita fasih berkata-kata, di forum...di pentas debat...kita mampu. Jika kita bisa menulis dengan tulisan yang mampu membuat pembaca tertarik...maka di medan inilah kita bergerak.

Bagi saya...keperluan adalah kepada kedua-duanya. Saya pernah ditegur kerana menulis bahan-bahan yang bersifat keanak-anakan,tidak matang dalam penulisan dalam konteks menyampaikan idea dan pendapat, tidak relavan, dan sebagainya. Saya juga kerap kali disoal tentang 'bahasa bisa' yang saya gunakan dalam memberikan pendapat. Semua adalah kritikan dan wadah pembaik kepada saya untuk saya meneliti dan memuhasabah kembali diri dan juga percakapan dan hasil tulisan saya. Benar, dakwah adalah secara berhikmah dan bijaksana. Mengikut wadah dan kelompok, maka di situ saya belajar bergerak.

Kata dan Usia.

Belajar daripada pengalaman, belajar daripada sahabat-sahabat yang matang dalam percakapan dan penulisan membawa saya ke satu titik pemikiran bahawa kita tidak seharusnya berada di takuk lama...Perlu perubahan dan penelitian dalam setiap yang kita lakukan. Kata-kata perlu menggambarkan usia atau lebih matang dalam sudut pemikiran yang tertentu. :) Terima kasih kepada penulis dan pendakwah sekalian..sama ada secara langsung atau tidak langsung.
(walaupun usia kita makin meningkat....makin menuju kematian......selagi mana sifat kebudak-budakan yang ada pada kita boleh kita kawal dan gunakan di tempat yang sepatutnya...maka "go on").
wallaualam....

No comments:

Post a Comment