Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Sunday, May 2, 2010

Perjuangan Kami

Aku sayang perjuangan ini..kini,
walaupun mulanya aku tidak mengerti...,
mengapa perlu 'itu' dan mengapa bukan 'ini'..,
Namun bukan kerana mereka...
Aku isytiharkan landasan ini kupilih....
Bukan kerana mereka jua aku menyayangi mereka dan perjuangan ini...

Mereka ada di hatiku,
dalam nampak, dalam kabur..mereka tetap ada,
dalam dekat di depan mata, walaupun jauh nun di sana...mereka tetap ada...

Dalam perjuangan ini kami tidak menoktahkan kata,
Dalam perjuangan ini kami tidak menutup mata dan telinga,
Sentiasa dikata;kami bukan pemula..
sentiasa dikata; kami adalah penyambung rantai2 perjuangan yang dulunya sudah ada...

perjuangan bersama-sama mereka..,
bertempur di barisan hadapan mahupun di barisan belakang,
perjuanganku bersama-sama mereka,
tampak sakit namun manis perjuangannya,
tampak mencabar namun indah di pengakhirannya,

Moga perjuangan kami sentiasa dalam rahmat-Nya,
moga kasih sayang dan ukhuwwah kami berpadu tanpa sengketa,
moga perjuangan ini perjuangan kami untuk menggapai redha dan syurga-Nya.
Amiinn..

salam sayang-HD.

No comments:

Post a Comment