Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Sunday, May 30, 2010

Dimana bermulanya semangat itu?




"Kalau Muslimin kuat muslimatpun akan kuat!!!"


seorang muslimat menjerit ke arah muslimin2x di hadapannya tanpa mempedulikan sahabat2 muslimatnya memandangnya dengan hairan dan terkejut....

Muslimat tu memekakkan telinga, apa yang pasti dia geram melihat muslimin2 di hadapannya diam membisu tidak berkata2x....umpama hilang semangat...fikirnya...


"jadi..selama ni kamu bersemangat untuk bergerak kerja disebabkan muslimin2x di hadapan kamu ini bersemangat?!!!Bukan kerana Allah?!!!"jerit senior2 muslimat itu.....


(ish...ke situ pula diorang fikir.....:bisik hati muslimat itu)

"Bukan!!!!! maksud ana...kalau muslimat lihat muslimin juga bersemangat dan berdaya saing..maka kami juga akan termotivasi untuk sama2x bergerak kerja...memang niat kerana Allah...bukan kerana manusia.."(masih bersemangat untuk membalas..).berderau juga darah muslimat itu..tapi biasalah, mungkin sifatnya yang agak nakal itu membuatkannya tidak mempedulikan sesiapa...jawab jak selagi boleh!!!


Itu antara yang pernah Solehah lihat dan ingat sepanjang bekerja bersama2 sahabat2 dalam mengendalikan sesuatu program.Lucu ada...namun terfikir juga kebenaran kata2 muslimat itu....

Benarkah muslimin pencetus semangat muslimat atau muslimat pencetus semangat muslimin?....

Jawabnya mudah sahaja...masing2 memerlukan masing2 untuk sama2 bergerak demi menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas dakwah.


Di mana bermulanya SEMANGAT itu?...

Bukan semangat yang memberi dirinya pada kita..tetapi diri kitalah sebenarnya yang menjadi punca di mana lahirnya semangat dalam diri.....


Semangat untuk berjuang..

semangat untuk meningkatkan amal ibadah...

Semangat untuk menuntut ilmu..

Semangat untuk melihat kejayaan agama, nusa dan bangsa..

semangat untuk membasmi akhlak buruk dan masalah sosial..

semangat untuk meningkatkan kadar profesionalisma diri...

semangat untuk terus berjaya dan berjaya menggapai kegemilangan dalam apa jua perkara...


Siapa pendorong semangat?....semuanya bergantung pada diri kita...

ada yang menyatakan diri sendiri..ibu bapa....idola mereka...kehidupan dan kesusahan juga mampu menjadikan diri seorang yang kuat semangat....


jadi mari kita sama2 tingkatkan 'energy of spirit' dalam diri kita semua supaya kita menjadi manusia yang sentiasa bersemangat waja, tidak mudah putus asa dari rahmat Allah..dan yang penting..sentiasa mampu mengukir senyuman walaupun dalam kepahitan kehidupan...walau apapun yang terjadi ..kena kuat semangat.....Pesanan untuk diri dan semua..) !!!! :)









No comments:

Post a Comment