Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, March 19, 2010

Kem JOM SEMPURNAKAN SOLAT..


Salam ceria buat semua insan yang sentiasa dalam pengawasan Allah s.w.t.
Harap2 masih belum terlewat post ini ditulis walaupun kem ini telah berlangsung hampir seminggu. Sedikit perkongsian mengenai kem ini.
Kem ini dinamakan KEM JOM SEMPURNAKAN SOLAT yang mana merupakan program anjuran pihak Masjid Ubudiyyah, Program yang menghimpunkan 100 orang kanak-kanak lelaki dan 66 kanak2 perempuan lingkungan umur 7-12. Program ini secara umumnya memberi ilmu dan kesedaran berkaitan pentingnya kewajiban menunaikan solat 5 waktu sehari semalam di samping pemberian ilmu-ilmu untuk ibadah sunat. kanak2 ini diajar bangun Qiamullail dan beribadah dengan betul dan tertib. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini juga membawa mesej muhasabah kepada kanak2 tentang hubungan dengan Allah, dengan ibu bapa dan manusia. Slot amali solat, motivasi , rehlah dan kepimpinan jua turut diselitkan sepanjang program. Semoga program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang bagi melahirkan anak2/generasi yang patuh dan taat pada suruhan agama lebih2 lagi dalam melaksanakan solat.


Solat secara berjemaah di dewan.



Rehlah pagi....Adik syuhadah yang bersemangat waja!
wslm...

2 comments:

  1. Salam... ukhti.. ana mohon perkongsian dari ukty tentang modul yang dilaksanakan dalam kem solat ini boleh..?

    ReplyDelete
  2. ini email ana.. wardatul_wardi@yahoo.com

    ReplyDelete