Alhamdulillah, Allah masih
memberi kekuatan dan ruang
masa pada Solehah untuk terus
berjuang dan berjuang di muka
bumi ini.
Hari ini 1 Mac 2010....hati tiba2 terusik
dengan lambaian kasih seorang sahabat yang dulunya sentiasa menjadi tempat meluah rasa.....
Benar.....
Insan yang baik..
Semasa ada disayangi...
Semasa tiada ditangisi....
Seorang teman bila berjauhan dia akan menangis kerana rindu, bila dekat dia akan menangis kerana takut berpisah, Jika hari ini ia datang jangan biarkan ia berlalu pergi..Jika esok ia bertandang jangan harap ia kembali lagi...Sesungguhnya yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Hakikat yang perlu kita terima..Dunia hanya bersifat sementara...Akan tiba saatnya kita pergi...menyahut panggilan Ilahi. Moga pengakhiran perjalanan duniawi ini,disulami pahala dan disirami tangisan air mata keinsafan..buat-Mu Ilahi..
Al-fatihah buat Allahyarhamah dan saudara2 seIslam yang telah pergi.....
Salam sayang-hd
No comments:
Post a Comment