Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Monday, March 29, 2010

The Woman

Woman has strengths that amazes man,
She can handle trouble and carry heavy burdens,
She holds happiness, love and opinions,
She smiles when feeling like screaming
She sings when she feels like crying,
Crys when she is happy and
laughs when she is afraid.

She fights for what she believes in
Stand up against injustive
She doesn't take "no" for an answer, when she can see better solution.

She gives herself so her family can thrive
She takes her friend to te doctor if she afraid and worry
Her love is unconditional
She cries when her kids are victorious
She is happy when her friends do well
She is glad when she hears of a birth or a wedding
Her heart is broken when a next of kin or friend dies
But she finds the strength to get on with life
She knows that a kiss a hug can heal a broken heart
There is only one thing wrong with her..
Se forgets what she is worth......

Sunday, March 28, 2010

Tetamu Senja

Oleh A.Samad Said
Utusan Zaman
13 November 1955

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawala bakti mesra kepada Tuhan, kepada insan
Pada tetamu yang datang dan jangan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pada Tuhan, kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat
segera kita insaf-kita ini punya kiblat
segera kita ingat-kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat.

Sunday, March 21, 2010

Apa Ya?


Salam....
Apa ya tajuk nak dipostkan hari ini? Sambil melawat blog2 sahabat...sambil mencari idea.....Namun masih kebuntuan untuk menulis...Bak kata tajuk post blog seorang sahabat-Tiada Idea..
"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.banyak yang perlu dikorbankan dan banyak juga yang perlu dilepaskan, Sekali langkah tersadung, rebah menyembah.Sekali langkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah dan ujian Allah. Anggaplah bila diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi insan yang kuat semangat dalam menempuh kehidupan"
Cabaran atau ayat yang gemar digunakan:mehnah dan tribulasi, zaman kini amatlah mencabar. Serangan datang menerobus sempadan sama ada serangan mental, sosial,politik, ekonomi bahkan agama jua..Apabila ada manusia yang mementingkan diri sendiri...budaya bantu-membantu terpinggir jauh..natijahnya tiada rasa kasih dan sayang antara sesama manusia. Suasana kini yang boleh diistilahkan -siapa bijak/siapa pandai ambil peluang/ siapa yang berstrategi...dia akan "survive" sudah menjadi kebiasaan..Yang terang2 salah masih boleh dikatakan betul, manakala yang betul dikatakan salah....Pasti sedih jika situasi ini dihadapkan kepada kita saban hari....Semoga Allah memberi petunjuk dan menggerakkan hati kita semua untuk sentiasa mengikuti jalan-Nya.Mudah2an rahmat-Nya mengiringi kita selamanya.Ameen..
Salam muhasabah..

Friday, March 19, 2010

Kem JOM SEMPURNAKAN SOLAT..


Salam ceria buat semua insan yang sentiasa dalam pengawasan Allah s.w.t.
Harap2 masih belum terlewat post ini ditulis walaupun kem ini telah berlangsung hampir seminggu. Sedikit perkongsian mengenai kem ini.
Kem ini dinamakan KEM JOM SEMPURNAKAN SOLAT yang mana merupakan program anjuran pihak Masjid Ubudiyyah, Program yang menghimpunkan 100 orang kanak-kanak lelaki dan 66 kanak2 perempuan lingkungan umur 7-12. Program ini secara umumnya memberi ilmu dan kesedaran berkaitan pentingnya kewajiban menunaikan solat 5 waktu sehari semalam di samping pemberian ilmu-ilmu untuk ibadah sunat. kanak2 ini diajar bangun Qiamullail dan beribadah dengan betul dan tertib. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini juga membawa mesej muhasabah kepada kanak2 tentang hubungan dengan Allah, dengan ibu bapa dan manusia. Slot amali solat, motivasi , rehlah dan kepimpinan jua turut diselitkan sepanjang program. Semoga program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang bagi melahirkan anak2/generasi yang patuh dan taat pada suruhan agama lebih2 lagi dalam melaksanakan solat.


Solat secara berjemaah di dewan.



Rehlah pagi....Adik syuhadah yang bersemangat waja!
wslm...

Tuesday, March 9, 2010

Andai Sudah Tua.


Assalamua'laikum, berjumpa lagi Solehah dan sahabat2 di madrasah hati hidayah ini. Hari ini tergerak hati untuk mencoretkan sedikit pandangan hasil daripada pemerhatian dan pengamatian sepanjang Solehah bersama dan mendekati insan-insan yang digelar warga emas.


Bak kata lirik lagu....Warga emas / warga tua merupakan teras masyarakat..Insan-insan yang dahulunya berjuang dengan penuh cabaran dan susah payah demi mengiayakan kalungan semangat "Merdeka' bergema di tanah air, iinsan-insan yang berpengalaman dan penuh dengan cerita dan nasihat berguna....


Apa kata kita andaikan/ bayangkan keadaan kita apabila sudah tua......Masih kuatkah kita? Masih istiqomahkah kita dalam melaksanakan suruhan-suruhan agama? Di manakah kita ketika itu? Banyak meluangkan masa di masjid mendengar pengisian agama atau banyak melepak dan menjenguk rumah jiran atau kedai kopi membuang masa dan berbicara kosong?Masih sibuk dengan hal dunia semata-mata ataupun tekun mencari bekalan untuk kehidupan di sana nanti.....? Kita tidak pasti....Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan hidayah dan taufiq, nikmat iman dan Islam kepada kita semua sehingga akhir hayat...Ameen..


Banyak yang kita boleh ambil iktibar....termasuk juga warga tua dan kehidupan insan-insan berusia ini.....Ada yang tekun mencari ilmu agama di masjid-masjid, surau2x.., ada yang sibuk mencari harta dunia..., ada yang bahagia bersama anak2 dan cucu2 mereka, namun ada juga yang melayari kehidupan di rumah tua, bertarung dengan keperitan mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan....macam-macam lagi.....


Teringat moyang di kampung.....Solehah suka memegang dan menggenggam tangan moyang....Tangan Tok Nek dah berkedut.....Solehah selalu bandingkan tangan Tok Nek dengan tangan Solehah....sambil menggenggam erat Tok Nek bagitau yang dirinya sudah tua..., bila2 masa sahaja akan pergi.....Sedih ada, insaf pun ada... Benar usia tua banyak membataskan kita daripada melakukan aktiviti2 yang biasa kita lakukan di zaman muda....Nikmat Allah semuanya...


Bagi diri Solehah, keazaman untuk terus berusaha dan bekerja keras perlu sentiasa dibina dalam diri..Pada usia muda seperti inilah kita perlu garap segala perkara yang ingin kita lakukan...belajar, bergerak kerja.,melancong, dan yang penting .....beribadah sebanyak mungkin...


Mungkin ada yang tidak berkesempatan menghadapi saat tua nanti kerana ajal maut ditangan Allah..cuma andai kita sudah tua....muka sudah berkedut-kedut.....(hehe) medan muhasabah perlu lebih dibuka selebar-lebarnya untuk kita sama-sama menghargai bahawa usia tua adalah juga satu rahmat dari Allah agar kita masih berpeluang untuk beribadah dan berbakti selagi terdaya.


Moga usia kita yang semakin bertambah ini seiring dengan ibadah yang kita lakukan.....IBADAH BERKADAR TERUS DENGAN USIA....


Salam perkongsian buat semua-hd

Sunday, March 7, 2010

UPS : MAKE IT UP!!!


Salam Nur Eman@E : PROGRAM MKTMR UPS 08/09.


PERHATIAN KEPADA AHLI2 UPS KOLEJ KEDIAMAN E:


TARIKH : 7/3/2010

HARI : AHAD

MASA : 8 mlm


SURAU NUREMAN, BLOK A3, KOLEK KEDIAMAN E, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.


Thursday, March 4, 2010

Syukran UPSI.


Salam pertemuan buat insan2 yang sudi menjengah madrasah hati hidayah ini.

Rasanya masih belum terlewat untuk Solehah berbicara mengenai task yang Solehah kendalikan bersama-sama sahabat2 praktikal di UPSI minggu lalu. Sekadar coretan kenangan buat sahabat2 yang baru berjumpa di UPSI..InsyaAllah, panjang umur dan jika ada kesempatan dan kelapangan , pasti Solehah menjengah ke sana.

Syarikat di mana tempat Solehah menjalani praktikal telah menghantar wakil yang diberi nama "TEAM IMP" untuk ke UPSI sempena Fiesta Ilmu, Kolej Aminuddin Baki. Kami membawa misi memperkenalkan piawaian IMP atau Islamic manufacturing practice(amalan pengilangan Islam) kepada para pengunjung.Berlandaskan HALAL lagi BAIK, kami ditugaskan untuk memperkenalkan IMP dan produk-produk yang menggunakan piawaian IMP. Cabaran kami dalam tempoh praktikal ini, namun ia sesuatu yang menyeronokkan.

Gerai pameran yang diadakan di tapak Kolej Aminuddin Baki itu turut disertai dengan pameran dan jualan2 lain yang terdiri daripada orang luar dan mahasiswa universiti. Kami belajar cara berinteraksi dengan lebih tersusun dan bagaimana cara menyampaikan sesuatu maklumat baru kepada pengunjung. Agak penat tetapi Solehah dapat pengalaman baru!!!!!
Kenangan di UPSI diimbau lagi apabila Solehah berjumpa dengan sahabat2 baru di sana...Peramah dan memang boleh masuk dengan Solehah.........
Walaupun pertemuan antara kami berlaku dalam waktu yang singkat, namun Alhamdulillah..ukhuwwah telah berjaya dijalinkan sehingga kini..Syukran UPSI. Ada kesempatan Solehah datang lagi!!!
Buat ukhti-ukhti yang sudi menerima kedatangan Solehah , Solehah ucapkan ribuan terima kasih..Moga ada perkongsian ilmu dan pendapat selepas ini...
UMS-Universiti Malaysia Sabah...kau tetap di hatiku....
Buat semua sahabat2 seperjuangan...moga bahagia dan kuat semangat untuk meneruskan kembara...Doakan juga Solehah kuat semangat di sini walau apapun dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t. Jika ada rezeki dan rahmat Allah, insyaAllah kita jumpa lagi.
p/s : Syukran buat sahabat2 di UPSI- ukhti Salmiati, ukhti Wani, ukhti Safrina, ukhti amienatul, akhi ashrul , asmaa, ijmal dan penghuni Rumah SB, Kolej Za'ba. Ukhwah fillah.wsalm.
Salam sayang dan salam kemaafan.-hd

Monday, March 1, 2010

Perginya dia...sahabatku..

salam muhasabah buat semua.
Alhamdulillah, Allah masih
memberi kekuatan dan ruang
masa pada Solehah untuk terus
berjuang dan berjuang di muka
bumi ini.


Hari ini 1 Mac 2010....hati tiba2 terusik
dengan lambaian kasih seorang sahabat yang dulunya sentiasa menjadi tempat meluah rasa.....
Benar.....

Insan yang baik..
Semasa ada disayangi...
Semasa tiada ditangisi....

Seorang teman bila berjauhan dia akan menangis kerana rindu, bila dekat dia akan menangis kerana takut berpisah, Jika hari ini ia datang jangan biarkan ia berlalu pergi..Jika esok ia bertandang jangan harap ia kembali lagi...Sesungguhnya yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

Hakikat yang perlu kita terima..Dunia hanya bersifat sementara...Akan tiba saatnya kita pergi...menyahut panggilan Ilahi. Moga pengakhiran perjalanan duniawi ini,disulami pahala dan disirami tangisan air mata keinsafan..buat-Mu Ilahi..
Al-fatihah buat Allahyarhamah dan saudara2 seIslam yang telah pergi.....

Salam sayang-hd

Sunday, February 28, 2010

JOM KE SURAU NUR E-MAN @ E


Salam Nur E-man@ E
CERAMAH MEGA MAULIDURRASUL
oleh
USTAZ SATAR
TARIKH : 28 / 02/2010 (SELEPAS MAGHRIB)
TEMPAT : SURAU KOLEJ KEDIAMAN E,
BLOK A3
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Dalam pada kita berlumba-lumba mencari keseronokan atau pergi ke tempat-tempat hiburan....bagus kita sama-sama menghayati pengisiaan yang bakal disampaikan oleh Ustaz. bahagia dunia dan akhirat.InsyaAllah...

Tuesday, February 23, 2010

Air mata Duka



"Begitu tinggi nilai air mata taubat itu sama nilainya dengan darah syuhada' yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredhaan-Nya."

Bayi yang lahir ke dunia mengucap salam dengan air mata tangisan ......


Teringat semasa kecil dahulu, apabila tidak dapat apa yang diingini seperti makanan kegemaran, permainan kanak-kanak...mudah merajuk dan ada sampai tahap menangis...maklumla masih budak-budak...masih belum panjang akal untuk berfikiran jauh....mengapa dan kenapa adanya larangan...

Apabila usia menjengah dewasa...cabaran demi cabaran yang lebih dalam dan memerlukan pengujian tahap tinggi mula berlegar di sekitar diri...Ada ketikanya terjatuh.....ada ketikanya terpaksa berpaut , dan akan hadir jua titisan-titisan jernih air mata menghiasi kehidupan dan melambaikan ketenangan...


Air Mata Duka , air mata gembira silih berganti.....namun berapa kerap kalikah kita menitiskan air mata duka akibat dosa-dosa kita?!!!! Malu untuk mengaku bahawa kita banyak ketawa daripada mengenang dosa-dosa...malu untuk mengiakan bahawa kita lebih kerap ketawa daripada mengalirkan air mata..Sungguh..kehidupan hanyalah sementara..

Tangisan berlaku mengiringi kesedihan, kepiluan dan penderitaan akibat pelbagai tragedi yang memilukan dan menyayat hati. tangisan adalah pengalaman yang pasti dilalui oleh setiap manusia lebih-lebih lagi kaum wanita , duka dan gembira sentiasa diiringi tangisan hingga digelar makhluk air mata.


Air mata yang mencari REDHA ALLAH.

Hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri, merasa kesuntukan masa melakukan ketaatan kepada Allah. malam baginya adalah pengabdian kepada Allah. Air mata terus mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah , dalam hatinya dipenuhi pertanyaan;adakah layak dirinya memasuki syurga Allah? Sedangkan dia amat sedar ketidakupayaannya untuk menghuni neraka yang dasyat. Lantas dalam situasi dirinya yang lemah dan hina itu dia menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Dengan harapan dosanya diampunkan , dia tidak merasa kecewa dan putus asa daripada rahmat Allah kerana Allah s.w.t menerima taubat hamba-Nya.

Rasullullah s.a.w menyatakan bahawa di akhirat kelak , antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah s.w.t ialah mereka menangis kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. berseru , "Di manakah hamba-hamba-Ku yang menangis? lalu Allah perintahkan para malaikat -Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menagis di siang hari lebih-lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka

(bersambung ....)

Thursday, February 18, 2010

Erti Syukur


Jika Allah sayang..Allah dorongkan kepada kebaikan,

Jika Allah benci..Allah dorongkan pada kejahatan...


Sebagai seorang insan,kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah..hargai kasih sayang Allah s.w.t. Sentiasa istiqamah dan dorongkan hati untuk buat perkara yang Allah sukai.

Allah pilih tapi kita sendiri kena usaha dan ikhtiar.....konsep bertawakal kepada Allah perlu sentiasa ada....


Mukaddimah tazkirah maghrib daripada ustaz yang bertugas membangkitkan minat untuk lebih mendengar dan bermuhasabah......

Hargai apa yang ada pada kita sekarang......kerana kita tidak pasti sama ada ia masih kekal pada kita atau akan diambil Allah.....

Bersyukur dengan apa yang kita ada..kerana ada insan yang lebih sengsara dan terseksa......


Belajar dari orang miskin kerana darinya kita akan dapat melihat erti syukur walaupun dalam keadaan serba kekurangan,

Belajar dari orang yang kaya kerana darinya jua kita dapat melihat erti syukur kerana adanya limpahan rezeki berbentuk kebendaan daripada Allah s.w.t...

Belajar dari orang yang kurang upaya kerana darinya kita belajar erti syukur kerana adanya anggota yang sempurna..

Belajar dari anak-anak kecil dan warga tua erti kasih sayang tiada sempadan usia....

Segala yang kita kecapi datangnya dari Ilahi...

Jika dilihat di sekeliling kita...semua nikmat ada di merata-rata......malu rasanya kerana tidak sentiasa mengucap syukur pada Allah lantaran diri yang lalai dan alpa.....Memang manusia sering lupa....namun x bermakna apabila sedar tiada tindakan untuk menganjakkan diri ke gerbang syukur...Syukur adalah terima kasih pada Allah....lafaznya Alhamdulillah....moga selepas ini ungkapan syukur sentiasa bermain di minda, sentiasa dilafazkan melalui kata-kata, dan sentiasa ditanam dalam hati dan jiwa....selamanya.....


wslm.

salam muhasabah-hd

Monday, February 15, 2010

Yakin adanya hari itu...


YAKIN ADANYA HARI ITU....
Bersiar-siar sambil menyedut udara segar di taman sambil melihat pohon-pohon melambai-lambai ditiup angin....helaian demi helaian daun jatuh berguguran......Awan berarak pergi kepulan demi kepulan....teringat ais dalam mangkuk ABC yang membukit diselaputi sirap dan jagung....emph...damai dan tenang..
Aku duduk di atas hamparan permaidani rumput hijau sambil tangan menarikan pena menulis puisi kehidupan....
orang yang faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan kepada penghuninya sentiasa silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa saja yang berhubung dengannya...
Usahlah bersedih walau pa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan.
Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat. Pujilah Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.
Peristiwa lalu adalah mimpi dan kenangan,
hari ini adalah realiti dan
hari esok adalah harapan indah.
Memberi sepanjang masa, menerima bila perlu dan adanya manfaat.
salam sayang-hd