Bismillahirrahmanirrahim..
"Takutkan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takutkan Allah, kita datang menghampiri-Nya"
**************************************************
Seindah biasa hari ini berlalu, seperti hari-hari lain. Buat semua makhluk ciptaan Allah. Kenapa? Rasa tak bahagia?Betul... Bukan semua masa kita gembira. Kerana kita perlu juga untuk bersedih dan berduka.. Ini semua rasa yang telah Allah cipta.. Hargainya..
Seindah biasa. Cuba kita bayangkan tatkala ini, bagaimana keadaan orang lain? Kalau kita rasa kita sedih, ada yang gembira dan bahagia. Namun yang perlu kita ingat, ada lagi yang lebih sedih dari kita. Bila kita rasa terlalu gembira.. Ingat, bila-bila masa Allah akan uji kita dengan kesedihan juga. Kita kena sentiasa ingat, segembira dan seseronok manapun kita, ini bukan dunia kekal untuk kita. Berpada-padalah dan beringat-ingatlah! :)