Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, June 29, 2011

Kasih sejarak dua jari


(^_^)v Kasih sejarak dua jari

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, dah 27 Rejab.
Cuaca di Kota Kinabalu pada hari ini suram dan tenang. Hujan turun, tapi tidak lebat. Matahari ada, tetapi tidak terik cahayanya. Suasana tenang walaupun cuaca tampak suram. :) Moga hati-hati kita tidak malap mahupun suram dengan cahaya petunjuk dari Allah s.w.t.

Ana cuba "download" gambar kartun yang ana minat untuk dimasukkan di dalam blog, tetapi asyik tak dapat jer ni. Geram jugak, dah berpuluh kali cuba, akhirnya berkata pada diri "cuba menulis tanpa kartun boleh?"Baik... :)

Sakit tekak datang secara drastik. Sama ada kurang minum air atau banyak makan makanan yang tak sepatutnya? Emph.. Rasanya sebab banyak bercakap kot. Bercaaaakkkaapp jer! Hehe.. Malam ni menulisla pula. Rehatkan mulut. Pancaindera amanah Allah kan? Bila sakit mata, gastrik, sakit itu sakit ini.. Adakah salah sendiri tak menjaga amanah Allah dengan baik? :)


Saturday, June 25, 2011

Lumrah Masa Kehidupan

:-) 24 Rejab, Sabah.

Bismillahirrahmanirrahim....

Terdetik untuk menulis sedikit rasa hati di madrasah yang disayangi. Cepat benor masa berlalu. Siang dirasakan pendek. Malam rasanya tidak berdetik. Pejam celik.. Masa telah berubah.. Matahari dan bulan silih berganti. Masa tiada unduran, berdetik terus kehadapan. Manusia sentiasa ada perkara yang ingin dilakukan. Sempat ataupun tidak, selesai ataupun tidak.. Masa tetap berjalan.

Ada insan yang menunggu agar cepatnya masa berlalu agar impiannya sampai. Ada insan yang memohon agar masa lambat berlalu supaya tiada perpisahan yang berlaku di saat rasa persahabatan baru berputik. Semuanya memohon dengan penuh pengharapan. Namun, Allah yang Maha menentukan. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.

Wednesday, June 22, 2011

Ayat-ayat Mu


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan dijadikannya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Kitab Al-Qur'an: Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
************************************************************************************

Friday, June 17, 2011

Cinta dan Pengorbanan 2 : Kasih Antara Kita

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Bertemu lagi untuk kesekian kali.. Memang hari ini, hari blog buat ana, sementara ana sempat menulis dalam tempoh masa yang singkat ini. InsyaAllah. 

Agak lama juga sebenarnya untuk mengupas isu ini. Kisah hati... Emm... Memang ramai yang alami... :-)

Dari tadi memerhatikan buku bagian sahabat baik ana. Baru baca beberapa muka surat, dah tertawan hati pada buku ini. "Berbunga Cinta Aisyah r.a. di hati Rasulullah s.a.w". Buku karya Zamri Mohamad dan Imran Yusof. Ana ingin berkongsi sedikit pengisian yang ana dapat dan insyaAllah kita akan kaitkan dengan situasi sendiri, baik ana ataupun antum/na semua :-)

Kata-kata di muka hadapannya cukup untuk membuat ana mengerti betapa cintanya Aisyah pada Rasulullah sehingga mampu membawanya cinta kepada Ilahi.

"Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi, membugar cinta tanpa sangsi. Iman dirai, perjalanan hidup bertambah kukuh lagi. Bagaikan cinta Aisyah, pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada Ilahi..." :-)


Kesihatan : Kempen Kempiskan Perut!

Assalamualaikum...
(^_^)v hehe.. Bila buat simbol ni, teringat lagu nasyid "Kasih sejarak dua jari" nyanyian Mu'az.

Teringat pada sahabat baik yang sudah berada di semenanjung. Kawan-kawan yang mesti tengah berbahagia dengan keluarga..

Emph.. InsyaAllah, panjang umur, jumpalah ana minggu depan dengan keluarga tersayang. Anak gadis mana yang tak rindukan ibu bapa dan keluarganya. Bak kata kawan ana, belajarla sejauh manapun, hati ni tetap duk ingat mak ayah... Memang betul...

*************************************************************************************
Sebelum balik, sempat sahabat ana berpesan. "Hidayah, jangan lupa update blog selalu... Bolehla selalu jumpa di blog!" :-) Jadi, untuk pertemuan maya pada kali ini, ana tertarik untuk mengupas sedikit ilmu berkaitan kesihatan. Sambil-sambil baca majalah wanita (dara.com) ni... Cuit-cuit sikit maklumat dan petua... Jom baca...!

Cinta dan Pengorbanan: Keampunan Ibu Bapa

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, masih bernafas di pagi Jumaat ini.

Bertanya kepada diri sendiri... Sudahkah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada mak dan abah? Sayangkah aku pada mereka seperti sayangnya mereka kepadaku?

Sanggupkah aku berkorban seperti mana mereka sanggup berkorban segalanya demiku? Mak dan abah adalah rezeki yang besar buatku. Tidak mampu untuk kubandingkan dengan apapun. Moga selama ini, aku masih menjadi anak mereka yang sentiasa menyayangi mereka dan mengutamakan mereka. Walau diriku sudah bersuami kelak dan juga mempunyai anak-anak, mudah-mudahan, aku masih sentiasa dekat di hati mereka... Sayang selalu mereka... :-)

************************************************************************************

Tuesday, June 7, 2011

Penenang Jiwa




"Mulakan hari kita dengan kalimah indah ini agar hidup sentiasa dalam ingatan terhadap Allah s.w.t. dan qada' qadar-Nya" :)

************************************************************************************

Sebiji Epal dan Sebiji Pear Pengikat Kasih.


Hari-hari yang berlalu melampiaskan pelbagai rasa. Ada suka ada duka. Andai ada yang selalu bersama kita, menyokong kita, rasanya tidak perlu rasa putus asa. Di tambah lagi dengan rasa tawakkal kepada Allah dan redha dengan ketentuan-Nya. Mudah-mudahan pacuan ke hadapan dapat dilakukan dengan teratur dan lancar.

Sebiji epal tanda kasih, sebiji pear tanda sayang. Buah-buahan yang manis menjadi santapan di pagi hari yang indah. Sambil makan kena senyum! Menikmati dan menghayati kelazatan rasa buah-buahan. Alhamdulillah, kita ada deria rasa untuk merasa. Nikmat pancaindera kurniaan Allah.. :)

************************************************************************************

Thursday, June 2, 2011

Bila hujan turun...


Assalamu'alaikum semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hehe.. Selamat petang..  Semoga ceria selalu..
(singgah blog sekejap, walaupun tak lama.. Walaupun x banyak.. Yang penting ada sedikit perkongsian)

************************************************************************************
Petang ini hujan turun lagi. Guruh dan kilat datang bersama-sama menyerikan suasana langit. Warna langit yang suram berselang-seli dengan panahan cahaya kilat. Sambil hujan turun, guruh juga berdentuman. Masing-masing tidak berebut. Masing-masing ada aturan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan.

Teringat kisah "Siapa lagi kuat". Cerita tentang matahari, tentang angin dan etc yang beradu kekuatan masing-masing. Angin kata: "Akulah yang paling kuat, paling hebat. Begitu juga matahari. Hehe... Akhirnya masing-masing kalah. Hakikatnya kita juga manusia. Ada yang mengaku diri hebat, berkuasa, mampu melakukan segalanya. Namun kita perlu ingat, siapa kita sebenarnya di muka bumi ini...

"Kita adalah hamba Allah... Angin, matahari, bulan, bintang.. Semuanya milik Allah.. Kalau kita kuat, sebenarnya ada yang Maha Kuat yang memberi kekuatan kepada kita! Allah s.w.t. :) "

*************************************************************************************