Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, August 3, 2012

Perutusan Buat Teman


Bismillahirrahmanirrahim......Allah yang Maha Pemurah.Maha Pemberi Rezeki buat sesiapa yang dikehendaki-Nya..banyak atau sedikit,besar nilaiannya disisi Allah andai kita bersyukur.

Usia di alam 20-an memberi suatu era cabaran baru yang sentiasa silih berganti.Saya akui banyak yang saya tidak tahu,banyak yang saya kena belajar,banyak kelemahan yang saya perlu baiki...terlalu banyak keperluan untuk muhasabah diri.Saya sedar saya perlu menjadi seorang wanita yang cekal,sentiasa memperkuatkan kesabaran dan sentiasa berubah ke arah kebaikan.

Saya melihat kepada keadaan sekeliling saya dan situasi masyarakat yang ada di hadapan mata saya...semuanya membuatkan saya berfikir dan lebih koreksi diri. Untuk mendapatkan yang baik,saya perlu menjadi baik.....untuk memperoleh yang terbaik,saya perlu bergerak menjadi yang terbaik. Hakikatnya,kita dapat apa yang sesuai untuk kita.Semuanya adalah ketetapan Allah s.w.t.InsyaAllah.


Tahniah dan salam sejahtera buatmu teman yang bertemankan insan yang dicintai.

Tiga bulan ini,kerap benar saya mendapat jemputan walimah teman sekampus.Masing-masing sudah memilih teman hidup dan bakal melayari bahtera perkahwinan.Tahniah untuk semua yang berkenaan.Moga sentiasa menyebarkan kasih sayang dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Munakahat atau perkahwinan adalah sesuatu yang suci.Islam sendiri sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal,material,keagamaan dan kerohanian.


Jodohku adalah dirimu.

.”Ya Allah kurniakanlah kepadaku pasangan yang menjadi penyejuk mataku dan zuriat keturunan yang soleh........”.

Saya teringat  antara isi ceramah Ustazah Bahyah berkaitan pencarian jodoh ini iaitu mulakan doa agar Allah rezekikan kita jodoh yang baik,jodoh yang bertaqwa seawal mungkin.Ibu dan nenek juga berpesan begitu.Doa dari sekarang.....Pada ketika itu saya masih di matrikulasi  dan agak sukar untuk faham kenapa perlu doa tatkala itu lagi.Yela...belum habis belajar...tetapi lama kelamaan saya dapat faham juga.InsyaAllah masih sentiasa berdoa.Berdoa dan terus berdoa.Moga jodoh saya nanti adalah yang terbaik untuk mendidik saya dan membawa saya dekat lagi dengan Allah dan Islam.

Ada juga orang tua-tua cakap, “kalau jodoh kita,kita jumpa di tempat yang baik seperti di masjid,di majlis ilmu....maknanya baik le tu”.Hehe...macam-macam.Walauapapun cara yang kita lakukan,perlu kita usaha dengan jalan yang baik disertai dengan doa dan tawakal.Bagi yang sudah dilamar dan yang telah melamar,berdoalah moga terus dikukuhkan jodoh sehingga bernikah,sehingga akhir hayat.Benar,jodoh yang baik merupakan rezeki Allah yang amat bernilai.Suami dan isteri yang membawa roh Islam secara keseluruhan di dalam pembinaan keluarga pasti akan berjaya menghasilkan benih yang juga akan membawa Allah dan Islam ke tempat paling atas.InsyaAllah.



Cinta-Ku padamu adalah kerana cintamu pada-KU- NHMA

Buat insan-insan yang masih menanti,jodohmu pasti akan hadir jua.Tidak di dunia..insyaAllah di akhirat sana.
Positifkan dalam diri.Cinta teragung semestinya cinta Ilahi.Teman yang sepi jangan bersedih hati.Masamu pasti tiba nanti.Sementara menunggu teman berkongsi hati,sentiasalah tambah cinta kita kepada Ilahi.

“cinta-Ku adalah agung....kepadamu yang Ku sayang”
“kasih-Ku sangat indah....kepadamu hamba-Ku”
“Bait-bait kata-kata cinta-Ku.....kau temuilah dalam kitab-Ku”
“Baca dan faham,sedar dan kesankan dalam hatimu....”
“Rasul-Ku..Muhammad sayang padamu...begitu juga Aku”
“Sentiasa bersamamu....wahai hamba-Ku”


-Nurhidayah Ariffin,14 Ramadhan 1433 h, Kuala Kangsar-



No comments:

Post a Comment