Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Monday, December 7, 2009

Apa Nilai 'SEJARAH'?

Kelas tingkatan 4 Ibnu Rusyd hingar bingar sebaik sahaja diberitahu adanya kelas tambahan subjek Sejarah minggu ini. Mana taknya, semua sangat fobia dengan Sejarah. Ada yang kata x minat, x kurang pula yang cakap bosan, susah nak ingat fakta, banyak sangat nak kena baca, leceh dan sebagainya.....sampaikan ada yang bagi strategi untuk tidur iaitu dengan membuka buku Sejarah...

"Cuba korang try buka buku Sejarah, gerenti senang tido punya!!!!"luah rakan sekelas.

.hehe..macam-macam...

Kesian cikgu Sejarah kami. Namanya Cikgu Mat..Bagi Solehah Cikgu Mat memang best mengajar....emph..mungkin sebab Solehah minat Sejarah....Semoga cikgu bahagia....

Sejarah ialah kisah dahulu dan cerminan masa hadapan.

Setiap insan, organisasi, setiap negara, masyarakat, agama ada sejarah yang tersendiri.....Apa nilai Sejarah pada pandangan mata individu terpulang pada setiap individu namun tanpa adanya penerapan dan pemahaman sejarah lalu, tidak mungkin seseorang itu mampu menganalisis diri, meningkatkan produktiviti dirinya, memperbaiki kelemahannya mahupun mengambil pengajaran dan iktibar. Sejarah memang ada nilaian di sisi insan mahupun semuanya.

Sejarah menipu atau tidak?

Semasa di bangku sekolah menengah, Solehah gemar bertanya berkaitan Sejarah negara yang memang di luar kotak "buku teks". kenapa begitu, mengapa begini......Sampaikan Cikgu Mat tersenyum dan berkata; Saya x dapat ceritakan semua kebenarannya dan saya x dapat ceritakan semuanya. Kamu kena usaha mencari dan ada yang memang x mampu dijawab dengan kata2. Nanti kalau kamu belajar lagi tinggi, lagi jauh..kamu akan faham...
Ada benarnya kata2 cikgu...
Semakin kita kenal sejarah, semakin kita kenal jati diri...asalkan ia bukan sejarah yang menipu..pasti kita akan peroleh sesuatu..

Wassalam..

Tuesday, November 17, 2009

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Assalamua'laikum sahabat2. Salam muhasabah buat semua.
Teringat bait2 lirik lagu 'Wanita' nyanyian Dehearty.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, jua dekat di hati untuk dikasihi.

Hakikat wanita sebagai hiasan dunia....Wanita yang mengadun peribadi berlandas ajaran agama adalah seindah hiasan dunia.
Semua wanita ingin dan berusaha untuk menjadi yang terbaik baik dari sudut akhlak, peribadi, gerak kerja, segalanya....namun kami jua terima bahawa kami tidak sempurna......Sedaya mampu kami laksana....mudah2an ada pertolongan dan rahmat Allah sentiasa...Amin..

Eksplorasi maya berjalan dan akhirnya Solehah menjengah seketika blog iluvislam. Tertarik dengan tajuk 'lelaki yang ditarik wanita ke neraka'. Moga ada sesuatu yang kita boleh ambil iktibar dan ibrah.Salam perkongsiaan.

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita
, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

Sumber: iluvislam.com

Tuesday, November 10, 2009

MARAHnya Seorang Insan.

"Geramnya.....nak exam pun cari pasal lagi dengan aku! Dahla asyik aku je yang mengalah....Makan hati tiap2 hari......Fuh..tarik nafas panjang2..Napela masalah ni datang sekarang.......Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ni......"


(Ambil air sembahyang...dan mula start muhasabah diri. Kenapa perasaan marah ni datang ya?!!!!Emph....)


KENALI MARAH DAN NAFSU

oleh Zakaria bin Md Shah

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

Solehah: Emph.....moga2 lepas ni dapat jadi insan yang bijak mengawal kemarahan dan lebih bersabar dengan karenah manusia...Amiin...
Salam muhasabah buat semua.

Sunday, November 8, 2009

Moga Soleh dan Solehah itu ada pada kita...


Salam perkhabaran buat semua sahabat. Bertemu di meja pena buat kesekian kali. Moga rahmat Allah sentiasa ada buat kita. Salam imtihan jua. Bertarung dan terus bertarung sehingga kertas peperiksaan yang terakhir........ + doa + tawakkal kepada Allah swt.

Jalan Wanita Menuju Ke Syurga.

- Ciri2 wanita solehah.
Secara umum, erti wanita yg solehah itu ialah wanita yg baik menurut pandangan penilaian msrkt Islam sekelilingnya. Bila seseorang wanita telah diakui baik oleh msrkt maka dalam pandangan Islam dikatakan Solehah.

Makna dr istilah : Soleh - orang yg beriman dan beramal soleh menurut ajaran Al-Qur'an, hadis dab perilaku salafus soleh.

6 ciri utama.
- berbuat baik kpd orang yang pernah berbuat jahat kepadanya.
-Bersilaturrahim dgn orang yg memutuskan silaturrahim dgnnya.

-memberi maaf kpd orang yg pernah menghalangi usaha-usahanya.
-masih memberi peluang untuk percaya kpd orang yg pernah berkhianat padanya.

-menyapa orang yg pernah menghalaunya.
-menghormati dan memuliakan orang yang pernah menghinanya.


Nabi s.a.w bersabda:
1) "Sesungghnya dunia ini adalah harta benda, dan sebaik2 harta benda dunia ialah wnita yang solehah"
(rwyt Nasa'i dan Muslim)


2) "kahwinilah wanita itu krn 4 perkara: krn hartanya, krn keturunannya, krn kecantikannya dan kerana agamanya, maka ambillh wanita yg taat kpd agama nnti kamu akan beruntung" (riwayat bukhari dan muslim)

Jom kita sama2 berusaha jadi insan yang semakin dekat dengan Allah....!!!!!


Firman Allah: maksudnya:
Dan mohonlah kpd Tuhanmu dengan perasaan takut dan penuh harap sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang2 yang berbuat baik. (Al-Qur'an - al-A'raf:56)

Salam muhasabah.wslm.

Monday, October 19, 2009

Perjalanan Itik Menuju Destinasi.


Cerita ni dah lama dah: cuma nak ingat balik.....mungkin sesuai untuk dbwa ke medan muhasabah diri dan adik2 kat sekolah rendah.

OK semua!!!Hari nie kakak nak cerita kisah itik. Lain cikit dr cerita2 kakak yg lepas...

ada 5 ekor itik yg dulunya sama2 berenang, bermain dan bergaduh manja.....suatu hari yang sangat indah apabila itik2 ini menangis bersama2 kerana mengingati seronoknya dapat kenal sejak lahir.walaupun ibu itik2 lain dan warna bulu 5 ekor itik ini berbeza, itik2 ini tetap girang dan bersahabat...

Suatu ketika, itik A berenang bersama2 itik B.Itik A ada kata: Itik B, aku sayang sangat dengan kamu semua. Aku minta maaf kalau banyak menyusahkan kamu. Itik A memeluk itik B dengan erat. walaupun pelik dengan kata2 itik A, itik B tetap melayan karenah itik A.

Sehinggalah suatu pagi tiada lagi Itik A berenang bersama2 itik2 lain.....Puas dicari....akhirnya barulah itik2 lain tahu, itik A telah sampai ke destinasi dahulu...Memang dulu itik2 nak berenang sama2 sampai destinasi tapi itik A yang pergi dulu....Itu cerita lama...Dah dekat 12 purnama itik A pergi...

Tinggal 4 ekor itik....tetap terus berenang dan bersahabat......
Ibu2 itik selalu berpesan pada ank2 itik....jangan bergaduh...kalau bergaduh kena baik cepat2......Semua anak itik menggangguk...walaupun sedih kerana tinggal 4 ekor sahaja, itik2 tetap bersahabat....

Masa datang silih berganti...........................
Itik2 dah ada impian masing2, ada yang nak cari tempat baru, ada yang nak mengembara, ada yang nak berkeluarga ....macam2, setiap itik ada perancangan masing2......Dek kesibukan itik2 dengan impian masing2, permainan sorok-menyorok, kejar-mengejar sudah jarang itik2 buat...mungkin itik2 dah dewasa.....Bagi itik B, itik2 adalah sahabat sepanjang masa...Cuma masa kadangkala membezakan pemikiran dan pendapat itik2 lain dengannya....Itik B akan terus berenang menuju destinasi dan dalam masa yg sama itik B berharap itik2 lain jua tidak lupa berenang ke destinasi impian masing2. Kehidupan ada pertemuan dan ada jua perpisahan........Apa yang penting sematkan ingatan dan sayang dalam diri...

HABIS!!!!
Semua terdiam.....

Sedihnya cerita kakak!!!!

Hehe..ye ke????Sempat aku mengusap kepala adik perempuanku...

Sebenarnya dalam kehidupan kita semua perlukan sahabat. Sahabat yg baik ialah sahabat yang membawa kita ke arah kebaikan dan sahabat yang tidak berpura2 dengan diri kita,. Kitapun kena belajar mengalah jugak tau dalam bersahabat nie...dan kena sabar....Kalau nak tegur kena tegur dengan cara baik....Tapi apapun, akhirnya kita akan akui jugak dalam hati yang kita sayang semua sahabat2 kita......

"Mungkin dalam sendirian kita tidak mengetahui bahawa ada sahabat2 yang mendoakan diri kita" dan beruntungnya jika kita adalah sahabat yang mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita walau dalam kesibukan dan dalam keadaan tidak bersua muka.
Salam persahabatan dan salam kemaafan buat semua sahabat.
Terima kasih kerana menerima insan ini sebagai sahabat...
PEACE NO WAR!!!!!


Tuesday, October 13, 2009

Warkah dariku : Semua Ingin Bahagia...



Salam bahagia ...

Semua ingin bahagia....

Semua ingin 360 darjah bahagia tetapi x semua sudut kebahagiaan dapat dibentukkan. Dalam bulatan bersudut 360 darjah pasti ada kepelbagaiaan variasi rasa. Pembahagiannya x sama mengikut insan.....itulah ujian. Allah bagi hambaNya merasai variasi perasaan; gembira, bahagia, sedih, dan variasi perasaan itu jua berbeza; ada yang tinggi dan ada yang rendah.

Teringat surah al-Baqarah:286 yang menyatakan bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(boleh rujuk tafsir Al-Qur'an). Maka yakinlah dan bersangka baiklah pada Allah!!!!

Semua ingin bahagia....

Pesta Konvo dan Tamu Gadang telah berlangsung pada minggu lepas dan akan berakhir pada hari ini....Seronok dan tumpang gembira apabila melihat kakak2 dan abang2 senior bergraduasi....Mudah2an lepas grade dapat pekerjaan yang baik dan membantu keluarga dan agama serta negara.......Beruntungnya mereka kerana dapat merasai bahagianya bergraduasi!!!


Semua ingin bahagia....

Pergi ke rumah anak-anak yatim sempena program yang dilaksanakan.....Bahagianya anak2 ini melihat ada yang datang melawat dan mewarnai hati mereka dengan pelbagai gelagat....Bertambah bahagia lagi mereka apabila ada yang sudi mengambil dan menjaga mereka seperti anak kandung sendiri......Semoga mereka sentiasa bahagia walaupun hakikatnya mereka lebih tahu hati dan perasaan mereka.....

Semua ingin bahagia......

Para pesakit di hospital, klinik atau di mana sahaja......Sebelum sakit mungkin mereka kurang menghargai bahawa kesihatan adalah anugerah Allah yang amat bernilai, dan apabila sakit mungkin mereka akan lebih menghargai nikmat sihat yang Allah beri...Semoga mereka bahagia dan dapat sembuh dengan izin Allah.

Semua ingin bahagia.....

Bencana alam( dr istilah sains) sentiasa datang dan pergi terutama negara2 seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, ngra2 Eropah dan etc. Manusia2 kehilangan tempat berteduh, kehilangan ahli keluarga, harta benda dan sebagainya...Sakit dan pedih sudah pasti terasa. ..Semoga mereka bahagia dan dapat membina semula kehidupan berbekalkan kekuatan dan semangat......

Semua ingin bahagia....

Peperangan hanya membuat manusia sengsara....Lihat Palestin,lihat Iraq,lihat Jepun,mahupun negara kita sendiri suatu ketika dahulu...Pertumpahan darah sudah x terbendung lagi, hilang nyawa,harta, kehormatan dan segala....Hanya tangisan insan yang hidup, anak2 kecil, wanita2 , mahupun orang tua yang ketakutan dan yang menangisi pemergian insan2 yang mereka sayang dan harap.Pihak yang tidak berperasaan hanya membabi buta melepaskan tembakan tidak perikemanusiaan .....semoga Allah membalas kejahatan mereka..
Semoga bahagia hadir dalam diri anak2 kecil, dan insan2 yang tidak berdosa dan terdaya ini......semoga rahmat Allah bersama mereka....


Kembali pada-Mu

Bahagianya seorang insan apabila ia mengetahui dan berasa sayang pada semua...
Bahagianya seorang insan jika ia mengetahui cintanya ikhlas diarahkan pada Tuhannya..
Bahagia itu dari Allah......semoga sahabat2 sentiasa merasai erti bahagia dan semoga kita dalam rahmat dan perlindungan Allah...

wassalam.

Thursday, October 1, 2009

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang????

Semakin hari kita semakin bertambah usia. Bukan untuk menyatakan yang diri kita sudah dewasa dan boleh melakukan semuanya mengikut pendapat dan persepsi sendiri..tetapi perlu untuk kita terapkan dalam diri bahawa apabila usia semakin bertambah, ilmu ..pengetahuan...pemikiran ..pendapat..akhlaq dan peribadi , segalanya jua perlu bertambah seiring dengan peningkatan usia diri..

salam sayang buat semua. .

Abah selalu berpesan, dalam hidup kita x boleh putus asa. Kita kena sanggup mengalah dan pentingkan orang lain. Kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita.
Begitulah ingatan abah setiap kali Solehah dalam kekeliruan atau menghadapi masalah persahabatan..maklumla...kuat merajuk dan bergaduh juga dulu....

Abah kata " genggam bara api biar sampai jadi arang".Berbekalkan semangat itulah mungkin abah x pernah putus asa dan masih kuat untuk menyambung pelajaran walaupun telah bekerja. Pernah abah beritahu kepada kami adik-beradik semasa kami membantu abah menaip assignmentnya dalam masa yang sama abah siapkan slip gaji untuk diberi kepada pekerja..Selagi ada peluang dan masa, ambil dan hargai....Abah sendiri yang hanya menanam impian untuk belajar tinggi2 dalam hati tidak menyangka akan dapat mencapai impian ke universiti. Walaupun kadangkala berjenaka dengan kami adik-beradik yang dirinya bukan mahasiswa tetapi mahasitua...hanya abah dan ibu yang tahu pahit perit perjuangan abah ke menara gading...

Begitu jua ibu....Ibu yang penyabar dan tidak mudah mengalah...Ibu kata biar kita sakit tapi jgn sakitkan hati sahabat. Sering bercerita kisah ibu semasa di alam mudanya...ibu memang menjaga persahabatan...Sentiasa menjadi penasihat kepada Solehah dalam bab2 ni....

Pendidikan daripada ibu dan abah masih Solehah simpan dan InsyaAllah amalkan. Hakikatnya kehidupan ibu dan abah dalam mengharungi cabaran kehidupan sentiasa membuatkan Solehah cuba untuk kuatkan semangat...Setiap insan lain dugaannya tetapi hadapilah dengan penuh ketabahan. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita dan yang penting bersangka baik kepada Allah..Semoga apa yang kita lakukan kita buat dengan ikhlas dan tidak mudah putus asa...buat sehabis daya...

Peristiwa sejarah termasuk perjuangan Nabi2, sahabat2 Nabi dan sarjana2 Islam dan para pejuang Islam jua mampu memberikan hikmah kekuatan dalam diri. Allah yang memberikan ujian dan kepada Allah tempat mengadu...

salam perkongsian dan salam muhasabah..wslm.

Saturday, September 26, 2009

Menyulam manik Identiti Muslimah.


Menyulam Manik Identiti Muslimah- part 1.


Salam perkhabaran mahabbah buat semua insan.


Pada kali ini Solehah berminat untuk mengupas sedikit isu yang pada pandangan Solehah perlu untuk kita amati walaupun isu ini boleh dikatakan sesuatu yang lazim pada pandangan mata sahabat2.


Teringat pula ibu-ibu berbangsa Rungus di Kudat yang menjadikan seni sulaman manik sebagai satu daya tarikan dan sumber pendapatan keluarga. Cantik......susunan manik yang teratur dan berwarna-warni. Semakin rumit seni yang dihasilkan semakin tinggi nilai dan mutunya. Alangkah bagusnya jika pembentukan identiti anak muda termasuk jua muslimah muda teratur dan berlandas dengan ajaran Islam.....


Harapan daripada seorang perempuan untuk adik-adik, untuk kakak-kakak, untuk wanita-wanita ,untuk ibu-ibu yang talinya berpaksikan Islam, nalurinya merelakan Islam di hati agar berjuang menyemai dan menyulam manik identiti muslimah yang cantik...



Krisis Identiti????

Berpijak di muka bumi Allah setiap hari membawa Solehah melihat, merenung menjurus kepada berfikir dan mentafsir....Aduhai sedih dan malangnya jika hal ini berterusan......


  • Berpakaian mengikut aturan barat, menjolok mata dan menyakitkan pandangan. Kadang-kala kita yang berasa malu untuk melihat. Perempuan2 Islam yang disayangi...anda bagaimana? Cubalah berusaha untuk berubah ke arah pemakaian yang lebih baik dan sopan.....


  • Melihat dan menonton perkara2 yang maksiat dan lucah.

- Melihat suasana penyebaran dan liputan media massa; cetak mahupun elektronik- majalah2 , internet, iklan2 yang dipertontonkan, dipaparkan secara UMUM berkaitan perkara2 yang tidak sepatutnya membawa kepada satu medan pemikiran dan penuaian akhlaq dan keperibadian yang tidak baik di kalangan masyarakat khususnya kanak2, dan remaja. Bayangkan perkara yang x baik seperti filem2 lucah yang dijual di pasaran gelap mampu dibeli oleh golongan bawah umur semata2 untuk memuaskan hawa nafsu adalah sindrom ke arah kerosakan pemikiran. Pada usia yang muda bukan bahan2 seperti itu perlu dihidangkan di hadapan mereka. Kesian adik2 muda kita. Perempuan2 Islam yang disayangi.....anda bagaimana? Marilah kita sama2 menjaga diri dalam masa yang sama membantu insan2 supaya lebih dekat dengan ilmu kebaikan dan bermanfaat....



Bersambung..........


p/s : Membuat orang sayang amat sukar kerana mengambil masa tetapi untuk membuat orang membenci hanya cukup dengan satu perkara/ peristiwa. Jadi , sama2 kita menghargai diri dan jua orang2 di sekeliling. Bak kata seorang sahabat; dalam kita rasa keseorangan dan berjauhan, mungkin kita tidak tahu yang rupa2nya sahabat kita sentiasa meletakkan kita di hati dan setiap doanya.


Salam mahabbah dan muhasabah.

Wednesday, September 23, 2009

Senandung Si Dayang & Air Mata Ibu.

Salam bahagia buat semua..

Cerita dongeng dahulukala banyak mengisahkan / memberi teladan berguna terutama berkaitan keperibadian dan akhlak dalam diri. Cerita Senandung Si Dayang yang menceritakan tentang seorang gadis yang berkulit hitam tetapi mempunyai keperibadian yang baik dan berhati mulia sedikit sebanyak membawa perempuan2 untuk berfikir dan menilai keperibadian masing2. Baguskah akhlakku? Tepuk dada tanya diri.

Pada post kali ini Solehah ingin berkongsi kisah yang sempat Solehah baca. Jom baca !!!


MENGAPA WANITA MUDAH MENANGIS???

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".


Sekian....


Tuesday, September 22, 2009

Muslimah United


Assalamua'laikum, salam syawal buat semua. semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.


Muslimah United : Ukhuwah and ‘Keep in touch”??


Sekumpulan gadis makan di restoran sambil melihat dan menikmati pemandangan indah Laut China Selatan. Sekali-sekala orang ramai memandang dan merenung mereka. Adakah kerana pakaian mereka yang menutup aurat sepenuhnya atau keramahan mereka menjalinkan ikatan mesra? Hanya orang ramai yang melihat yang lebih mengetahui....



Ramai yang berkata bahawa hidup ialah suatu perjuangan, cabaran dan yang penting hanya sebagai persinggahan sebelum kita semua menuju penempatan abadi iaitu akhirat. Jadi bagaimana cara kita menghadapi kehidupan ini? Allah telah menetapkan takdir dan nasib buat setiap insan di muka bumi dan semua insan walhal alam semesta tidak pernah lari sezarahpun daripada pandangan Allah. Maka akuilah dan perbaharuilah kalimah syahadah ‘Aku bersaksi bahawa TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH dan NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH”



Muslimah atau perempuan Islam perlu berusaha untuk membaiki dan membentuk keperibadian yang terpuji. Untuk melaksanakan dan menuju dasar AKHLAK MULIA bukan suatu tugas mudah. Ada yang pernah bercouple, ada yang pernah bersikap biadap dengan manusia mahupun ahli keluarga sendiri, ada yang kaki mengumpat, ada yang suka memfitnah dan membuat manusia-manusia bersengketa, ada yang berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata, ada yang ketinggalan dalam pelajaran dan ada juga yang terjerumus ke pergaulan yang tidak sepatutnya.....Semua perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang insan yang bernama perempuan untuk berubah jika tiada kekuatan dalaman, jiwa dan rohani yang kuat disamping bantuan sokongan insan sekeliling. Bukan mencemuh tetapi perlunya didikan dan sokongan...



Menuju Muslimah United


Muslimah memerlukan muslimah untuk membantu antara 1=lain. Saling menyokong, saling menasihati, saling berkongsi ilmu , sama2 merasai suka duka kehidupan.Walaupun tidak mampu membantu, tetapi masih dapat mendengar keluhan dan rintihan. Walaupun ada masanya masalah hati melanda , bertengkar, bergaduh, cemburu dengan kelebihan masing-masing, tidak sependapat selalu menguasai suasana..namun ukhuwah mampu ditautkan semula. Keep in touch still on..Semuanya kerana muslimah unite because of Allah.


Semakin bertambahnya usia, semakin terbuka ruang untuk setiap insan meluaskan pandangan, pemikiran dalam kehidupan. Ayuh muslimah, ayuh perempuan2 Islam.....kita sama2 bersihkan hati daripada sifat2 keji, mari kita sama2 berusaha menghiasi peribadi.......rapatkan ukhuwah, eratkan hati....menuju mardhotillah.


Salam sayang buat semua....

Wednesday, September 16, 2009

Muslimah : Online of Islam


Assalamua'laikum...

I'm Proud to be a Muslim.

Rasullullah s.a.w bersabda : "Kaum wanita adalah saudara kandung bagi kaum lelaki.'

Kaum wanita merupakan insan yang lemah lembut, melalui ayunan tangannya yang lemah lembut inilah lahirnya wira-wira dunia yang boleh menggoncangkan dunia. Wanita juga merupakan nadi penggerak sesuatu tamadun, dia umpama hati bagi seluruh badan.

Anna Melijan (seorang misionaris Kristian) berkata : Cara paling berkesan untuk menghancurkan umat Islam ialah dengan mendidik kaum wanitanya di sekolah2 yang didirikan Kristian.

Menjadi seorang muslimah bukan suatu tugas yang mudah bagi seorang perempuan Islam. Setiap gerak-geri dilihat dan dinilai. Tersalah langkah, maka tersadung dan terjatuhlah ia. Insan yang dicipta Allah untuk dijaga, dilindungi dan dihormati....itulah wanita.....itulah muslimah. Bagi diri seorang wanita, sudah pasti inginkan kebaikan dalam diri masing2...wanita hiasan dunia dan seindah hiasan dikatakan ialah wanita Solehah.

Solehah:
Bermula pada hari ini Solehah akan berkongsi bersama2 sahabat2 muslimah berkaitan buku; "Jalan wanita Menuju ke syurga." Semoga kita tergolong dalam golongan insan2 yang diberi peluang oleh Allah untuk menimba ilmu dan sentiasa diberi ruang untuk berubah dan bertaubat.
Sama2 memberi, sama2 merasa. salam sayang buat semua wanita.wassalm.