"Malam berlabuh,gelap gelita,
Lampu dipasang bersinar cahayanya;
Andai kita masih kuat dan berupaya,
Usahalah bangun malam tahajjud bersama ."
Diari malam 15 Sya'ban 1433 H
Bismillahirrahmanirrahim......
Malam ini aku masih dalam tempoh ujian untuk belajar bangun malam.Aku ingin menjadi VIP di akhirat nanti dengan amalanku.Aku ingin menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat.Aku kena usaha supaya rajin untuk bangun malam,rajin untuk solat tahajjud,rajin berzikir...Aku akan usaha menjadi mukmin yang sebaiknya.Huhu...kena betul-betul berdisiplin ni..nanti nak pimpin isteri dan anak-anak pula.Dahla minta macam-macam kat Allah...isteri solehah,anak-anak yang baik, nak kaya,nak masuk syurga....ibadat kenala banyak....So,Muhammad Dzulqarnain...jangan mengalah..kena kuat semangat!
Yang benar-Dzulqarnain,4:30 pagi waktu Malaysia.
********************************************************
Di SEJADAH dIRI
SUJUD DI SEJADAH KEINSAFAN
MENYERAH DIRI MENAGIH KASIH
YANG SESUCI HIDAYAH-MU
TERSIRAT MAKNAWI.
YA RABB,
DENGAN PALITAN DOSAKU INI
KUTAGIH SIMPATIMU AGAR KESEMPATAN INI
DAPAT KUSIRAMI
AIR PENAWAR SERIBU KEAMPUNAN
LANTAS MENGABDI DIRI
MENCARI BEKALAN UNTUK NEGERI ABADI
KABUS DAN DUKAKU
TERLERAI PADA ZAT-MU
YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.
A.Hamid J.
***********************************************************************************
Sahabat-sahabat,amat payah untuk kita menjaring keikhlasan lantaran hati yang kadangkala teralpa dengan dunia,apatah lagi dengan banyaknya dosa-dosa kita.Semoga kita semua sentiasa muhasabah diri dan lakukan perubahan ke arah yang lebih baik.Jika rasa malas untuk beribadat....ingatlah bahawa di dunia kita tidak kekal selamanya.Jika malas untuk bekerja/belajar...ingatlah bahawa tuntutan bekerja dan belajar itu umpama kita akan hidup untuk seribu tahun lagi.Fikirkan bukan hanya pada diri kita kini....tetapi tentang masa depan didunia dan utamanya di akhirat.Tidak salah jika kita menjadi insan yang rajin bukan? Apatah lagi insan yang sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada padanya dengan redha.
Bersama muhasabah dan perbaiki diri sepanjang masa.
Nursolehah Ahmad.