Barangsiapa yang JERNIH HATINYA akan diperbaiki ALLAH pula yang nyata di wajahnya - Saidina Umar al-Khattab.
Damba Cinta Ilahi
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Tuesday, May 21, 2013
Monday, May 20, 2013
Bila sakit....
"Ya Allah....sakitnya.....Moga kau tolong ubati sakit ini.Ameen."
***************************
Assalamua'laikum,
***************************
Assalamua'laikum,
Salam sayang buat madrasah hati hidayah dan sahabat maya sekalian.Lama saya tidak menjengah rumah maya saya ini...saya terlupa untuk mengisi sesuatu di dalamnya.Dulu ,apabila saya kurang rakan bermain, saya rapat dengannya...sekarang saya hampir sahaja terlupa untuk melawatnya.Maafkan saya...
*****************************
Malam sudah lama melabuhkan tirainya. Allah menjadikan malam sebagai masa untuk beristirahat. Namun,mata memang tidak dapat untuk ditutup apatah lagi bermimpi di dalam tidur.Saya kurang sihat minggu ini ditambah lagi dengan kaki yang terseliuh di tempat kerja...saya sedar semuanya kifarah dosa untuk saya kerana terlalu "banyak bermain di dunia".Saya kena menjaga diri sendiri...kena makan ubat dan rehat yang cukup.Aktiviti sebagai insan yang telah dewasa adakalanya membuatkan saya terkenang waktu bersama-sama ibu bapa sewaktu kecil.
Abah pantang nampak saya tidak sihat,pasti akan dibawanya saya pergi ke klinik.Ibu pula akan masakkan masakan yang sedap-sedap dan memastikan saya mendapat rehat dan makan yang cukup.Rasanya semua ibu bapa melakukan perkara yang sama bukan? Tak kira apapun sakit yang saya alami,ibu bapa saya tidak pernah biar saya menangis sendirian. Saya teringat kepada kata-kata yang menyatakan barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Saya mendoakan ibu bapa saya dan semua ibu bapa di dunia ini mendapatnya.
Allah sememangnya pasti ada.La tahzan,innallahha ma'ana.
ya Allah....saya sakit lagi.......
**********************************
Apabila sakit....air mata pasti keluar lagi.Nikmat Allah untuk menenangkan hati kita.Terasa lapang dan tenang.Mungkin sebab terlalu memikirkan dunia yang hanya pinjaman membuatkan kita sakit. Sebenarnya,semua milik Allah..tetapi kenapa kita harus sakit apabila tidak memiliki dunia?Emmm....payah nak menjawabnya.Semuanya terpulanglah kepada diri masing-masing tentang jawapannya.:) (Fikiran tiba-tiba terlintas tentang ayat-ayat ini : Bila kita kejar akhirat,dunia ikut kita...tetapi bila kita kejar dunia,kita tak dapat akhirat).
"Saya tau saya tak kuat.....sebab tu saya perlukan Allah untuk semua urusan."
******************************************************************
Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidup dan matiku hanya kerana Allah.Matikanlahku dalam keadaan aku kasih kepada-Mu...Tuhanku.Ameen.
*********************************************************************************
13:05 am, 20.05.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)