KALI PERTAMA....INI KALILAH!
Saban hari membaca akhbar,televisyen
dan ‘online”,banyak yang kita perlu fikirkan.Benar, menjadi insan di kalangan
masyarakat yang pelbagai ragam adakalanya membuat saya lebih gemar untuk
memerhati dan berfikir sendiri berbanding bercakap tanpa fakta dan hanya khabar
angin yang belum tentu kebenarannya. Tugas kita sebagai pembaca bukanlah
sekadar menerima semuanya dan hadam,tetapi perlu terima,hadam, kaji dan
bertindak mengikut pemikiran yang rasional. Pilihan bukan mudah untuk
dilakukan,namun ia perlu untuk permulaan yang lebih baik.
Bahang pilihanraya telah
terasa.Adakala darjah kepanasannya tinggi, adakala ia suam-suam sahaja.Semuanya
bergantung kepada bagaimana pengendalian dilakukan di setiap kawasan yang
bertanding.Harap-harap tiadalah rusuhan atau jenayah mahupun adegan yang tidak
baik berlaku sepanjang pilihanraya Ahad minggu hadapan.Paling penting pandai
kawal emosi dan tidak cari gaduh!
Saya masih ingat lagi ketika
pilihanraya 5 tahun lalu,saya masih belum cukup umur untuk mengundi.Bukan
setakat tidak dapat mengundi,roh untuk mengikuti perjalanan pilihanraya
sepenuhnyapun tidak saya lakukan.Maklumla tidak berminat dan mungkin juga
faktor umur yang masih belum matang.Namun,kini saya fikir tindakan saya salah.
Sebagai seorang yang berstatus warganegara Malaysia,saya perlu tahu apa yang
berlaku,adakah ia akan mempengaruhi keadaan negara?PES kata
guruku...Politik,Ekonomi dan Sosial perlu dititik beratkan menyusuri tunjang
utama agama,bangsa dan sebagainya.Masa depan negara.......emmmmmm......Memandangkan
ini merupakan pengalaman kali pertama mengundi,maka saya akan gunakan dengan
sebaiknya. Fikir dan renung siapa layak di barisan hadapan, siapa yang bagus
bertindak sebagai pemain simpanan,sebagai penonton atau sebagai pekerja.Pilihan
di tangan kita maka pilihlah dengan sebaiknya....
Kepada semua yang berpeluang
mengundi, gunakanlah peluang dengan sebaiknya.Pilih calon yang berkebolehan
bukan calon yang hanya kata boleh sekadar di mulut sahaja.:) Semoga PRU kali
ini menjadi medan pentarbiyahan buat semua.Ambil yang baik, yang tidak jadikan
ikhtibar. Selamat mengundi mak abah dan semua rakyat Malaysia.
Salam mengundi !!!! Nursolehah Ahmad.
Salam mengundi !!!! Nursolehah Ahmad.