Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, March 30, 2011

Kata dan Usia.

Assalamu'alaikum, salam sejahtera kepada semua insan yang sentiasa dalam pemerhatian Yang Maha Kuasa. Saya mulakan coretan pada madrasah saya pada kali ini dengan menitipkan suatu kata-kata......

"Kematangan pada setiap individu tidak sama.....kata-kata belum tentu mampu menterjemahkan usia, begitu juga dengan usia yang belum pasti mampu menjana kata-kata seiring dengannya."

Mungkin ada yang bersetuju, dan pasti akan ada yang berpendapat sebaliknya. Terpulang..kerana pendapat dan pemikiran kita juga berbeza...:)

Kerap kali saya menjengah rumah-rumah blog dan perhentian maya yang pastinya setiap perhentian menjanjikan ilmu dan perkongsian pengalaman yang berbeza. Kagum dengan hasil tulisan dan cernaan idea mereka.....seringkali membuat saya berfikir......

Mampukah menjadi penulis maya seperti mereka? Saya ingin menulis dengan penuh perhatian dan rasa hati....Penulisan saya bukan sahaja untuk dicatatkan di blog, tetapi menjadi diari dan coretan kenangan serta peringatan kepada saya dari semasa ke semasa. Mungkin saya lebih berminat untuk mengupas isu-isu semasa dan sekitar mengikut pandangan akal saya, dan adakalanya memang diakui termasuk dengan emosi apatah lagi perkara berkaitan peperangan, penindasan, karenah birokrasi dan seumpamanya. Berkongsi rasa dan perasaan dengan pelawat2 blog Madrasah Hati Hidayah ini.

Dunia digital kini memudahkan penyebaran maklumat. Maka seharusnya menjadi ruang dan medan kepada para ilmuwan, para pendakwah untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada dengan menyalurkan seberapa banyak ilmu dan maklumat. Saya pernah menyatakan kepada salah seorang sahabat saya supaya berdakwah di blog memandangkan hasil penulisannya amat menarik minat saya. Kebetulan pula dirinya bukan seorang yang "suka" untuk tampil dalam memberikan pendapat di khalayak ramai....di hadapan saya, dia banyak melontarkan idea. Justeru itu, saya mencadangkannya untuk berdakwah di medan maya ataupun di medan penulisan. Berdakwah dan menyampaikan ilmu pada kadar kemampuan kita...Jika kita fasih berkata-kata, di forum...di pentas debat...kita mampu. Jika kita bisa menulis dengan tulisan yang mampu membuat pembaca tertarik...maka di medan inilah kita bergerak.

Bagi saya...keperluan adalah kepada kedua-duanya. Saya pernah ditegur kerana menulis bahan-bahan yang bersifat keanak-anakan,tidak matang dalam penulisan dalam konteks menyampaikan idea dan pendapat, tidak relavan, dan sebagainya. Saya juga kerap kali disoal tentang 'bahasa bisa' yang saya gunakan dalam memberikan pendapat. Semua adalah kritikan dan wadah pembaik kepada saya untuk saya meneliti dan memuhasabah kembali diri dan juga percakapan dan hasil tulisan saya. Benar, dakwah adalah secara berhikmah dan bijaksana. Mengikut wadah dan kelompok, maka di situ saya belajar bergerak.

Kata dan Usia.

Belajar daripada pengalaman, belajar daripada sahabat-sahabat yang matang dalam percakapan dan penulisan membawa saya ke satu titik pemikiran bahawa kita tidak seharusnya berada di takuk lama...Perlu perubahan dan penelitian dalam setiap yang kita lakukan. Kata-kata perlu menggambarkan usia atau lebih matang dalam sudut pemikiran yang tertentu. :) Terima kasih kepada penulis dan pendakwah sekalian..sama ada secara langsung atau tidak langsung.
(walaupun usia kita makin meningkat....makin menuju kematian......selagi mana sifat kebudak-budakan yang ada pada kita boleh kita kawal dan gunakan di tempat yang sepatutnya...maka "go on").
wallaualam....

Testi - Kesabaran

Friday, March 25, 2011

Al-'Alim


"Ana tak kuat ukhti..........ana lemah....,"teresak-esak tangisnya kepadaku.

"Istighfar ukhti, istighfar kepada Allah.......Allah maha Mengetahui....Maha Mendengar....ukhti kena kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan ukhti.........jangan mudah mengalah,"bisikku padanya lembut.

"ya Allah, berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi ujian dari-Mu..."
************************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.............

Allah Yang Maha Mengetahui akan hamba-hamba-Nya. Sedih mahupun gembira hati-hati ini. Kuatkanlah hamba-hamba-Mu ini di jalan dakwah-Mu....ubatilah hati-hati , ikatkanlah dengan ikatan iman dan taqwa kepada-Mu.Jauhkanlah dari fitnah dan celaka dunia dan jua akhirat.Akhiri kehidupan kami dengan Islam seluruhnya.

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon Kecintaan-Mu, dan kecintaan sesiapa yang cinta kepada-Mu, dan amalan yang mendekatkan kami kepada kecintaan-Mu, Ya Allah, jadikanlah kecintaan kami kepada-Mu lebih kami cinta daripada diri kami dan ahli keluarga kami dan air yang sejuk.(Riwayat at-Tirmizi).

Ya Allah, Engkau ialah Tuhan yang tiada Tuhan selain Engkau. KepadaMu aku beserah dan Engkau ialah Tuhan yang Maha Mulia. Segala yang Engkau kehendaki pasti ada dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan wujud. Tiada daya dan sebarang kekuatan melainkan dengan izin Allah. Aku mengetahui sesungguhnya Allah Maha Berkuasa kepada sesuatu dan Allah Mengetahui segala sesuatu dengan secermat-cermatnya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan nafsuku dan dari kejahatan semua binatang melata. Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya, sesungguhnya Tuhanku(Allah) sentiasa di atas jalan yang lurus.(doa Abu Darda' r.a).
************************************************************************************

:) Alhamdulillah, moga tenang hati-hati kita. Pada saat Allah mengajar kita..tidaklah sentiasa menyenangkan, sakit, penuh penderitaan dan banyak air mata sudah keluar membasahi pipi. Tetapi, ini adalah cara Allah mengubah kita supaya menjadi lebih baik..lebih tampan...lebih cantik....lebih kuat menghadapi masa depan. Andai ini tarbiyyah dari Allah....menguji adakah beriman kita kepadaNya....marilah bersama2 kita berdoa moga kita kuat dan tabah menempuhinya.

Apabila kita menahan dari sesuatu yang haram, moga Allah memberinya dengan cara yang halal. Kemanisan iman milik insan2 yang bertaqwa kepada Allah. Allah Maha Mengetahui.....yakinlah, Allah pasti mendengar suara hati kita..andai ini takdirNya, andai ini percaturan-Nya...tiada siapa yang dapat menghalang.Maka kepada Allah kita mengadu, kepadaNya kita bertawakkal.
wallau'alam.

Sunday, March 20, 2011

TanpaMU Kasih.

"TanpaMu Kasih.....ku tak berdaya.....Hilang punca dan arah....Hanyut alpa di arus bergelora, Kasih...daku derita...Lemah dalam sengsara.,jiwa dan tubuh kepedihan, terseksa,terhukum...menggunung kifarah dariMU........" :"I
***********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.........salam kasih sayang buat semua...
" Ibu dan abah selalu nasihat.......buat baik dengan orang, sayang dengan orang..supaya Allah sayang dengan kita.walau macam manapun orang sakitkan hati kita, kita jangan sakitkan hati orang balik....Takpe, kita sabar! :)

Rindu pada kakak2 naqibah....insan2 yang banyak berleter dengan ana....Sayang mereka masih terasa sehingga kini. Dakwah melalui kasih sayang mereka terapkan. ..Alhamdulillah, kata2 masih terngiang2 di telinga. Moga ukhti dan akhi semua bahagia walau di mana berada."Ana dah kurang nakal sudah! maklumla dah jadi kakak...."

Sahabat2 dan Adik2 yang disayangi....emph.... :) Terima kasih daun stevia(manis)...

terimalah diri ini seadanya..hehe...

Ana tutup dengan satu kata2....Dunia yang indah ialah dunia yang penuh dengan kasih sayang, tiada sengketa.....semuanya berlumba-lumba mencari kebaikan dan redha Allah...
Kasih sayang Allah sentiasa ada dan abadi......apa akan jadi jika 'TanpaMu Kasih?". ..
Wsalam.


Tanpamu - Inteam (Nasyid)

Tuesday, March 15, 2011

Emph.......

Bismillahirrahmanirrahim........
Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.....
Seindah lafaz kalimah syahadah.....semoga indah jua kita menerima ujian-ujian daripada Pencipta kita....Allah s.w.t. Sakit nan indah....insyaAllah.. :)
************************************************************************************
Tsunami melanda lagi........Palestine masih belum aman ..........Anak-anak muda semakin ghairah mengejar keseronokan dunia..........Pemimpin-pemimpin semakin sukar dicari yang adil dan saksamanya......birokrasi sentiasa membuat karenah di kebanyakan suasana dan tempat.....Kemiskinan melanda,yang miskin semakin miskin yang kaya bertambah kaya.......Cinta dunia takut mati melanda jiwa manusia...........Manusia yang semakin terdedah kepada kemaksiatan dan onar dunia.......namun,dalam sakitnya melihat keadaan dunia...ada tempat,ada suasana,ada insan2x yang tidak mudah terpengaruh.......carilah mereka...insan2x yang cintakan Allah dan mengharap redhaNya.....belajar dari mereka dan rasailah nikmatnya menjadi golongan sedikit yang masih menghayati nilai2x murni, masih mengamalkan cara hidup beragama dalam keadaan dunia yang huru hara dan ramai yang lupa diri. Hidayah milik Allah s.w.t. yang Allah beri kepada sesiapa yang dikehendakinya......Perkasakan doa kita , mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam apa jua keadaan....Nikmat apakah yang kamu dustakan? Wallahualam :)
**********************************************************************************

Monday, March 7, 2011

Mintalah Pada-KU

"Tidak ada satu musibahpun yang menimpa muslim sama ada kepenatan, sakit yang kronik ,kerisauan, kesedihan, sebarang bentuk kesakitan dan kemurungan sehingga duri yang terkena di badannya.,melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dosa2..." (H.R Bukhari & Muslim).
***********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim........

Surah Ar-Ra'd: 28 yang bermaksud...."orang2 beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah!Hanya dengan mengingati Allah hati-hati menjadi tenang"
************************************************************************************
Assalamu'alaikum...salam sejahtera ke atas insan2 yang insyaAllah disayangi, dikasihi dan dirahmati Allah s.w.t..

Nikmat apa yang kita dustakan lagi wahai sahabat2x....?Banyak yang Allah telah beri......sedikit sahaja Allah uji jika dibandingkan dengan nikmatNya yang diberi pada kita.......pantaskah kita merundum jatuh, berputus asa dan sedih?padahal Allah sentiasa bersama kita...walau sedar walau tidak.....
Allah menguji tanpa henti...mengikut manusia dan darjat keimanan masing2.....dalam pada masa yang sama..hadir syaitan dan jin yang jahat yang sentiasa istiqomah untuk menyesatkan kita yang beragama Islam......Bermacam-macam cara yang diguna,...menyakitkan manusia, menghuru-harakan hidupnya.....melemahkan semangatnya....ada kala sampai suatu saat...jatuh x terbangun dibuatnya...hanya tangisan dan kesakitan yang menemani saban hari...Namun, jangan lupa suatu perkara......Allah tidak pernah mensia-siakan kita...diujinya tanda kasihNya Ia pada kita...kifarah dosa buat kita....Bangkit dan teruskan berjuang!

La Takhaf wa la tahzan ..Innallahhama'ana.....
***********************************************************************************
1. Al-Qur'an:surah al-Mu'min:60

"dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu."

2. Al-Qur'an; surah al-Baqarah :186

"dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

3.Hadis Riwayat At-Tirmizi

"Sesiapa yang menyukai Allah memakbulkan doa untuknya ketika keperitan dan kesusahan, maka perbanyakkanlah doa ketika senang."

************************************************************************************
10 Adab berdoa mengikut al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (petikan buku Senjata Penuntut Ilmu oleh Ustaz Nik Anwar).

a) Memilih waktu yg baik dan mulia.(hari arafah, hari jumaat, bulan Ramadhan, 1/3 malam, waktu sahur).

b) memilih suasana yang mulia (seperti dalam keadaan sujud,hujan turun,iqamah solat dan selepasnya..,ketika lembut hati..)

c) mengadap kiblat, angkat kedua tangan dan menyapu kedua tangan ke muka setelah selesai berdoa.

d) berdoa dengan suara yg sederhana(x kuat, x perlahan)

e)Tidak guna bahasa yg puitis dan berbunga2 yg ditafsir sebgi melampau2 ktka berdoa.paling afdhal doa2 drpd Al-Qur'an dan as-sunnah.

f)hadirkan rasa rendah diri, khusyu', takut pada Allah.

g)bersungguh2 mohon, yakin doa akan dimakbulkan dan bersangka baik pada Allah.

h) berterusan berdoa dan ulang 3x (sebaiknya)

i) dimulai dgn zikir pada Allah,selawat kepada Nabi s.a.w dan ditutupi dengannya jua.

j) sentiasa bertaubat, menjauhi dosa dan menyerahkan segala urusan kepada Allah.

*************************************************************************************
Wallahu'alam.