Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, July 2, 2010

Kembara lagi...


Kembara Praktikal sudah berakhir, perjuangan di kampus kembali semula...
Salam pertemuan..
mungkin ini adalah coretan terakhir saya ketika berada di bumi Kuala kangsar ini memandangkan hari ini saya akan meninggalkannya. Lumrah kehidupan..pertemuan pasti, perpisahan jua pasti...mahu tidak mahu ia akan terjadi. Maka pasrah dan redha untuk segalanya...
Berakhirnya kembara praktikal..
seawal 29 disember bertapaknya saya di kuala kangsar sehinggalah 2 julai ini....mahu tidak mahu saya perlu akui bahawa kenangan indah, pengalaman mencabar dan ikatan mesra yang terjalin antara saya dan warga syarikat sememangnya sukar untuk dilupakan..Pertolongan mereka semua ..., mahabbah dan hamasah mereka semua membuatkan saya kuat untuk terus menjalani praktikal di sini..Sokongan ibu bapa, keluarga dan sahabat2 di kejauhan sentiasa ada bersama..terima kasih untuk semuanya...
Melihat rencah karenah manusia di dalam masyarakat memang memeningkan....di sini tersedarnya saya betapa variasinya manusia yang setiap satunya memerlukan pemahaman yang berbeza....kelompok, generasi manusia yang berbeza penuh dengan pandangan yang berbeza...Dunia masyarakat yang luas saya teroka. jika dahulunya alam kampus semata-mata.....Benar, masyarakat perlu kita dekati dan fahami....
Fahami mereka untuk kita difahami oleh mereka....
Yang muda disayangi, yang tua dihormati.
Apakata kita gunakan kedua istilah ini untuk kedua generasi ini.....???
yang muda dihormati dan disayangi...begitu juga yang tua..perlu sentiasa dihormati dan disayangi....
muda bukan hanya perlu disayangi kerana pada diri mereka tersimpan jua idea, pemikiran, perkara2 yang perlu untuk kita hormat dan terima...
tua bukan bermakna perlu kita hormati semata2....malah dalam pada mereka mengajar dan memberi sesuatu yang bermanfaat perlu kita titipkan kasih sayang....
Kedua-duanya saling memerlukan.....itu sudah pasti...Jika tidak, tidak akan seimbang kelompok manusia di bumi ini....
Perjuangan di kampus menanti..
saya berfikir apala yang sudah berubah di kampus sebaik saya menjejakkan kaki ke sana nanti...Mungkin banyak yang sudah berubah...Tempoh 6 bulan bukan singkat..dengan 6 bulan seseorang yang bekerja dinilai pencapaiannya...Tempoh percubaan...
Sebagai seorang yang bergelar pelajar..saya akui sentiasa dalam pemikiran yang bercampur baur....ada ketikanya kita lapang daripada membuat tugasan-tugasan..maka ada masa untuk bersantai, bersiar-siar dan mengikuti aktiviti kemahasiswaan...ada ketikanya kita harus duduk di bangku dan menyiapkan tugasan, thesis dengan penuh khusyuk tanpa gangguan....namun semuanya adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan jika diingat dan diimbau semula.
Manfaat dan pengajaran.
kembara ini banyak mengajar dan mengajar........moga kembara yang menanti terus mengajar dan mengajar saya agar lebih memahami kehidupan dan menghadapinya dengan sabar...
Hitam putih kehidupan adalah warna yang dapat dipetik hikmahnya..Tiada yang tiada manfaatnya..Semua yang hadir adalah untuk kita faham makna kehidupan dan erti syukur.
Moga Allah merahmati kita semua..
Wassalam...


No comments:

Post a Comment