"Begitu tinggi nilai air mata taubat itu sama nilainya dengan darah syuhada' yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredhaan-Nya."
Bayi yang lahir ke dunia mengucap salam dengan air mata tangisan ......
Teringat semasa kecil dahulu, apabila tidak dapat apa yang diingini seperti makanan kegemaran, permainan kanak-kanak...mudah merajuk dan ada sampai tahap menangis...maklumla masih budak-budak...masih belum panjang akal untuk berfikiran jauh....mengapa dan kenapa adanya larangan...
Apabila usia menjengah dewasa...cabaran demi cabaran yang lebih dalam dan memerlukan pengujian tahap tinggi mula berlegar di sekitar diri...Ada ketikanya terjatuh.....ada ketikanya terpaksa berpaut , dan akan hadir jua titisan-titisan jernih air mata menghiasi kehidupan dan melambaikan ketenangan...
Air Mata Duka , air mata gembira silih berganti.....namun berapa kerap kalikah kita menitiskan air mata duka akibat dosa-dosa kita?!!!! Malu untuk mengaku bahawa kita banyak ketawa daripada mengenang dosa-dosa...malu untuk mengiakan bahawa kita lebih kerap ketawa daripada mengalirkan air mata..Sungguh..kehidupan hanyalah sementara..
Tangisan berlaku mengiringi kesedihan, kepiluan dan penderitaan akibat pelbagai tragedi yang memilukan dan menyayat hati. tangisan adalah pengalaman yang pasti dilalui oleh setiap manusia lebih-lebih lagi kaum wanita , duka dan gembira sentiasa diiringi tangisan hingga digelar makhluk air mata.
Air mata yang mencari REDHA ALLAH.
Hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri, merasa kesuntukan masa melakukan ketaatan kepada Allah. malam baginya adalah pengabdian kepada Allah. Air mata terus mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah , dalam hatinya dipenuhi pertanyaan;adakah layak dirinya memasuki syurga Allah? Sedangkan dia amat sedar ketidakupayaannya untuk menghuni neraka yang dasyat. Lantas dalam situasi dirinya yang lemah dan hina itu dia menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Dengan harapan dosanya diampunkan , dia tidak merasa kecewa dan putus asa daripada rahmat Allah kerana Allah s.w.t menerima taubat hamba-Nya.
Rasullullah s.a.w menyatakan bahawa di akhirat kelak , antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah s.w.t ialah mereka menangis kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. berseru , "Di manakah hamba-hamba-Ku yang menangis? lalu Allah perintahkan para malaikat -Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menagis di siang hari lebih-lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka
(bersambung ....)