Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Thursday, April 1, 2010

HUJAN

"Tik..tik..tik..bunyi hujan di atas genting..Lebatnya turun tidak terkira..Namun ada ketikanya ia turun renyai-renyai.."
damainya suasana mencorakkan ketenangan dalam hati...

Hadith riwayat Aisyah r.a:
Apabila hari berangin dan mendung wajah Rasullullah s.a.w tampak gelisah, mundar mandir. dan bila hujan turun, baginda berseri-seri dan hilanglah kegelisahan itu; Aisyah berkata ,"Aku bertanya hal itu kepada baginda. Baginda menjawab : Aku sangat khuatir hujan itu akan menjadi azab yang menimpa umatku. Jika melihat hujan turun baginda berkata (hujan adalah) rahmat.
Kitab Sahih Muslim :1495

Aku menghayati bunyi-bunyian air hujan yang umpama susunan lagu yang mendamaikan dan bisa memujuk hati. Indah ...Hujan yang Allah turunkan untuk manusia.,..menyuburkan tanah dan bumi, semuanya nikmat besar yang Allah kurniakan.

"tik..tik....tik...bunyi hujan atas genting....Langit kelabu makin hilang pekatnya....mungkin ada pelangi selepas ini....setelah beredarnya awan hujan itu dan terlihatnya sinar matahari petang.."
Aku masih terus menghayatinya....Anugerah kurniaan Allah....

No comments:

Post a Comment