Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Thursday, April 22, 2010

Contoh tauladan melalui Ibu bapa



Assalamua'laikum, salam pertemuan.

Teringat kisah Luqman al-Hakim tentang nasihat beliau kepada anaknya...banyak peringatan yang beliau berikan..

Namun,antara yang menarik hati saya ialah apabila berkata Luqman al-Hakim..
"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam ,ramai manusia yang karam didalamnya. Bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman, dan layarnya tawakal kepada Allah".
anak-anak adalah kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya..............
Begitulah ayat yang sinonim disebut...pendidikan dan penerapan akhlak dan keperibadian anak dimulakan melalui peranan insan2x bergelar ibu bapa...
Contoh teladan melalui Ibu Bapa.
Nasihat demi nasihat, teguran demi teguran....dilampirkan bersama cinta dan kasih sayang sehinggakan ada madah melayu yang menyatakan- nyamuk seekorpun seorang ibu tidak benarkan hinggap pada anaknya, bagai menatang minyak yang penuh dan sebagainya....
Istiqomah ibu bapa dalam memberikan panduan dan nasihat kepada anak sehingga anak itu dewasa akan menjadikannya seorang yang sentiasa berada dalam landasan yang betul...selagi mana anak itu berpegang pada nasihat dan ajaran ibu bapanya..
Semakin anak itu meningkat dewasa, semakin dia memerhati dan mentafsir perilaku ibu bapa...Bahagianya anak itu apabila ketika ada masalah dan cabaran yang dihadapi dalam hidupnya, dibantu penyelesaian nasihat oleh ibu bapa...Walaupun kadangkala ibu bapa hanya berada di sisi masalah tidak masuk ke dalamnya, senyuman dan kata2 semangat dari mereka sudah cukup membuatkan anak tersenyum lega....Kata2 semangat, kata2 positif hadir melalui mereka. Ibu bapa yang tidak mudah putus asa, sentiasa berganding bahu mendidik anak dan memastikan anak selesa......nikmat apakah lagi yang perlu didustakan?Hargailah ibu bapa, sayangilah ibu bapa sebagaimana kasih dan sayangnya ibu bapa pada anak semenjak kecil....
Ibu Bapa Sematkan sentiasa dihati....wslm.

No comments:

Post a Comment