Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, September 23, 2014

Hanya Dirinya

Assalamua'laikum,

Ini kisah yang kukongsi untuk yang sudi.
Ini kisah bukan fantasi tetapi realiti
Ini kisah cinta dan hikmah

Kehidupan pasangannya ujian
Siang berganti malam
Masa berlalu tanpa perlu menunggu sesiapa
Sedar-sedar esok telahpun tiba
Menanti kita menghadapi cabaran baru

Seorang wanita sedang menikmati paginya
Dengan secawan kopi pahit dan roti sandwich pembuka selera
Setia menunggu kekasihnya di katil tua
Kasihnya bukan kepalang
Tiada tolok bandingnya
Itu suaminya....lelaki tampan...

Perjalanan hidupnya bersama lelaki itu
Penuh ranjau penuh cabaran
Namun dilalui penuh kemanisan
Bisik hatinya asal sama-sama sanggup berjuang
Susah senang seiring berjalan

Cinta hanya dirinya
Lahir dari hati yang tulus murni
Kurniaan Maha Pencipta
Syukur teramat baginya
Hatinya berkata aku bahagia
Andai bersama dia

Wanita itu masih setia disisi suaminya
Berbalas senyuman di usia tua
Masih sama ketika mula berumahtangga
Tiada yang kurang walau wajah sudah tidak muda
Inilah kasih selamanya

Suratan Ilahi andai salah seorangnya pergi dahulu
Biarlah dalam dakapan cinta
Biarlah di hadapan mata
Agar bisa ditatap penuh kasih
Hanya dirinya selamanya.

Nursolehah Ahmad

Saturday, July 19, 2014

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim

Sayu hati membaca berita berkaitan tragedi MH17 yang berlaku dalam suasana yang tidak dapat kita gambarkan.Ia berlalu begitu pantas dan kita melihatnya dengan hati dan aqal yang masih keliru.Adakah hanya mimpi? Tidak,semuanya berlaku dengan izin Allah.

Al-Fatihah........

Benarlah ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an,surah Ar-Rahman;26-27; yang bermaksud "Semua yang ada di bumi tidak akan abadi.Yang abadi hanyalah wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan).

Rindunya kepada mereka yang telah dahulu pergi menemui Ilahi.Semoga mereka aman di sana.
Semoga ia menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua untuk menjadi lebih baik,lebih amalan dan bersyukur dengan apa yang ada.
Moga Allah sentiasa merahmati kita semua.ameen.

Al-Fatihah juga kita sedekahkan untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia.

(Teringat kenangan bersama arwah Aisyah Bakri dan adik Shila.Moga ada rezeki untuk berjumpa kelak di akhirat.Ameen)

Sunday, June 29, 2014

Tiada Tajuk....

Salam Ramadhan semua...
Assalamua'laikum,

Andai kita berada dalam kesenangan,adakah kita mampu mengingati insan yang dalam kesusahan?
Dan andai kita berada dalam kesusahan,adakah kita mampu mengingati insan yang lebih susah berbanding kita?
:"(

Saya secara jujurnya terpukul dengan "renungan ramadhan(gambar) ini.Tatkala pening menyusun jadual menu masakan bersama rakan-rakan serumah,rupanya masih ada yang tiada makanan untuk diisi di dalam perut.Insaf !!

Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa erti kepada kita semua.Mendoakan saudara seIslam di serata dunia sentiasa.
Salam Ramadhan.maaf andai saya pernah menyakitkan hati sesiapa dengan tulisan saya di blog ini.Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah.ameeen. :")

Friday, May 23, 2014

Hanya aku dan kamu.

"Wanita Hiasan Dunia,Seindah Hiasan Adalah wanita Solehah"

Subhanallah.indahnya andai kita mampu menjadi seindah hiasan yang disebutkan.Namun,perjuangan masih panjang.Banyak yang perlu dilalui untuk merasai indahnya menjadi solehah.
********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.......

Warkah yang tidak seberapa ini kutulis
Buat diriku terutamanya dan mereka yang membaca
Agar sentiasa berusaha menjadi wanita yang baik untuk agama
Agar sentiasa membawa kegembiraan kepada ibu bapa
Agar sentiasa mengembleng tenaga untuk manfaat semua
Yang teristimewa....menjadi suri hati peneman setia suami tercinta
Paling utama kepada Allah Yang Maha Esa

Wanita kini pelbagai rupa
Semuanya indah dan cantik belaka
Namun adakah semua berasa teruja
Mengenakan hijab dan bertudung tatkala melangkah keluar melihat dunia?
Sayangnya andai tidak berasa
Kerana menutup aurat kewajiban kita
Bukan kepala semata
Namun seluruh anggota.

Wahai wanita seluruh dunia
Andainya iman kukuh di dada
Mengapa laman sosial diluahkan segala?
Menangisi kelemahan dan menunjukkan keimanan
Agar ditatapi coretan semua manusia
Biar ternampak baiknya rupa,indahnya bahasa
Sedangkan ia lakonan semata
Insaflah kerana penyesalanmu utama pada pandangan Allah semata.

Wanita yang dikasihi,
Bukan kita,bukan mereka yang menilai semuanya
Hanya Allah punya hak keseluruhannya
Mengapa serang-menyerang membalas kata
Sudah lupakah kita terhadap dosa?

Wanita yang bersih hatinya
Janganlah selalu mengadu domba
Menjatuhkan bahagia sesama saudara
Mendoakan kebaikan itu lebih mulia
Kerana akan dibalas yang sama
Kebaikan untukmu jua.

Warkah ini ku karang
Kerana tidak mampu meluah kata
Betapa sedih melihat dunia
Tatkala ada wanita yang sedemikian rupa
Adakah cemburu,busuk hati menjadi punca
Sedar dan bertaubatlah seikhlas jiwa
Kerana kita tidak lama di dunia
Ke akhirat kita pergi jua.

Nurhidayah Ariffin
12:41 am/ 23.05.14



Saturday, March 22, 2014

Tinta Cinta

Tinta Cinta.

Semalam masih dalam ingatan
Betapa sukar  cinta digarap dalam dakapan
Puas jatuh,puas menyapu tangis
Akhirnya ia hadir menyapa manis

Betapa kuat harus bertahan
Serangan penjuru kiri dan kanan
Ujian Allah menguji iman
Hanya doa dan tawakal menjadi siulan

Andai jodoh sudah tertulis
Tiada siapa mampu menghalang
Perancangan Allah menyatukan dua hati
Akhirnya bersatu dalam lafaz sakinah

Tuhan Maha Penyatu Hati
Berilah keberkatan dan kekuatan kepada kami
Apa jua kami lakukan di muka bumi
Moga semuanya Engkau redhai

Kepada insan yang masih mencari
Percayalah cinta itu sentiasa menanti
Kepada insan yang telah berpunya
Setialah sepenuh hati
Moga semuanya dalam redha Ilahi.
Ameen....










Tuesday, February 4, 2014

Solehah dan Muhasabah


Assalamua’laikum semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Emmm,lama saya tidak menulis di blog.Bukan kerana lupa..tetapi tidak berkesempatan.Hehe,itulah alasan biasa manusiakan?Saya rindu untuk menulis dan berkongsi cerita dengan semua yang sudi membaca…

Pada permulaan bulan Febuari ini mungkin elok untuk saya kongsikan apa yang saya rasa dan lihat tentang apa yang berlaku di sekeliling saya.Taraf hidup yang semakin berubah…..wang menjadi keutamaan dan pencarian di dunia ini.Bak kata orang,’no money, no talk”. Namun jangan lupa,bukan semuanya bermula dengan wang dan kebendaan..:) contohnya sifat kasih sayang,belas kasihan dan perhatian…dan yang paling penting keimanan kita kepada Maha Pencipta.

Semakin meningkat usia,semakin pendek umur kita.Apa yang hendak kita bawa ke akhirat kalau usia tidak berkadar terus dengan amal…..halal haram dilanggar tanpa segan….manusia yang semakin kronik dengan trend dan gaya masa kini yang tidak bertepatan dengan syariat agama.Kadangkala kita turut terikut-ikut lantaran ramainya golongan majoriti yang melakukannya. Apa yang perlu dibuat?Teguran?Tazkirah?Doa?menangis atau menjauhkan diri daripada bahayanya dugaan akhir zaman.

Teringat satu ungkapan hadis riwayat Bukhari yang bermaksud,

Orang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kejahatan mereka adalah lebih baik daripada tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak pula bersabar di atas kejahatan mereka.”

Mudah-mudahan kita sentiasa digolongkan oleh Allah bersama golongan yang sentiasa ingin bertaubat. Ustaz pernah cakap……Bukan sedikit dosa kita di dunia ini….malu kalau kita dipertontonkan semula segala kelakuan buruk kita kelak. Hanya dengan adanya rahmat Allah,kasih sayang Allah…kita selamat.Selalulah nuhasabah diri dan buat solat taubat.Kita hidup di dunia ni tak lama.Ingat kehidupan yang kekal kelak.Sebab itu kita kena beringat semasa di dunia. Alam persinggahan…..hanya sementara.Mengapa kita payah dan risau untuk tinggalkan dunia ini?Sebab tempat persinggahan kita ini…cantik,indah,nikmat untuk kita rasa.Kita takut untuk tinggalkannya..sedangkan ia tidak lama.”


~Salam muhasabah dan peringatan buat Nursolehah dan semua.~