“Bismillahirrahmanirrahim.....................
Syukur kepada
Penciptaku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,mengasihi diriku sepanjang
masa.Tidak terabai walau sesaat sekalipun.Syukran Allah!”
J Assalamua’laikum sahabat-sahabat maya
yang dihormati.Tidak kira siapa kita,apa bangsa kita,di mana kita....semoga
kita sentiasa mentauhidkan Allah,Tuhan kita yang satu.Emmm...hampir 2 bulan
saya tidak menjengah madrasah hati saya ini....Hampir saja melupainya dek
kerana kesibukan waktu untuk bekerja dan berprogram.Benar,masa tidak menunggu
kita...memang tidak cukup masa.Oleh sebab itu,setiap perkara yang kita lakukan
perlulah berbaloi dan bermanfaat!Itu yang penting....:)
Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan tahniah dengan kiriman jutaan doa buat sahabat-sahabat
baik saya yang telah selamat melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.Semoga
Allah memberikan rahmat dan zuriat keturunan yang baik dan kuat berpegang
kepada agama,InsyaAllah.Tahniah buat sahabat dan adik-adik yang telah bergraduasi baru-baru ini.Salam kerinduan juga buat sahabat-sahabat saya yang kerap
menjengah madrasah hati saya ini tatkala saya tidak sempat untuk hadir di depan
mata.Semoga Allah sentiasa menjaga ikatan persahabatan kita semua walaupun
masing-masing sudah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri. J
HATI YANG
MENGHARAP.
Perkembangan
terkini tentang buku pilihan saya.....emmmm, pada bulan ini baru berkesempatan
untuk membaca buku “Cinta High Class”,naskah cinta pengarang kegemaran saya
,Fatimah Syarha dan suaminya Dr Farhan Hadi...Best!Bila mood untuk membaca dimulakan dengan sesuatu yang menarik,memang
cepat habislah jawabnya....hehe.Terima kasih untuk “Cinta High Class” ini.
Selain buku-buku
novel tarbiah Islam, novel sejarah Islam....saya juga turut mencuri masa
membaca beberapa bahan bacaan wajib seperti buku pemakanan dan bioproses untuk
memantapkan lagi ilmu yang sekejap ada sekejap terlupa...hehe.....,buku-buku
tarbiah seperti Kitab tauhid berorientasikan sudut pandangan Sains Islam,kitab tafsir Al-Qur’an dan
beberapa bahan kajian lain...memang tidak menang tangan untuk membacanya..tetapi
hakikatnya perkara ini perlu dilakukan semata-mata untuk mencari ilmu,menambah
ilmu untuk membawa kita lebih mengenali Islam dan mencintai
Allah....insyaAllah.
Setiap hari saya
menyusun jadual agar ia penuh......saya tahu saya akan kepenatan untuk mengejar
semua aktiviti,tetapi saya puas.Teringat pula kenangan semasa berprogram dan
belajar di universiti dahulu.Memang
tidak menang tangan.....bukan sebab terlalu sibuk,tetapi kurang bijak menyusun
jadual dan merancang.Sesibuk manapun sebenarnya jika disiplinkan masa pasti
semuanya dapat dilakukan dengan teratur dan berhemah. Kali ini,saya akan lebih
belajar dan belajar.:)
“Berdoalah
kepada-Ku,nescaya akan Aku makbulkan”
Banyak yang saya
minta dari Allah......terlalu
banyak....dari kecil hingga kini,doa sentiasa berterusan.....:) Teringat
kata-kata seorang sahabat tentang doa dan pengharapan ini.Katanya cuba kita
fikir,dalam pada kita berdoa dan berharap kepada Allah...pernah tak kita kira
berapa banyak permintaan kita yang Allah sudah makbulkan?dalam sedar apatah
lagi dalam tidak sedar.....Subhanallah,terlalu banyak! Saya tertunduk merenung
kembali.....Allah sentiasa memberi........saya?Apa yang saya patut buat?Sudah
pasti lebih mencintai Allah dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari hari
ke hari,betul tak?:) Allah beri apa yang perlu,bukan apa yang kita mahu.:)
Allah Maha Mengetahui.Namun,kepada Allah jualah kita perlu sentiasa
menghadapkan hati dan berharap.
Jika kita rasa
lemah,cuba kita hadapkan hati dan fikiran terhadap Allah dan semua nikmat-Nya
kepada kita,InsyaAllah kita pasti mampu tersenyum ataupun menangis terharu.
Alangkah maha mulianya Tuhanku,Allahuakbar! J