Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Thursday, April 22, 2010

Contoh tauladan melalui Ibu bapa



Assalamua'laikum, salam pertemuan.

Teringat kisah Luqman al-Hakim tentang nasihat beliau kepada anaknya...banyak peringatan yang beliau berikan..

Namun,antara yang menarik hati saya ialah apabila berkata Luqman al-Hakim..
"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam ,ramai manusia yang karam didalamnya. Bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman, dan layarnya tawakal kepada Allah".
anak-anak adalah kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya..............
Begitulah ayat yang sinonim disebut...pendidikan dan penerapan akhlak dan keperibadian anak dimulakan melalui peranan insan2x bergelar ibu bapa...
Contoh teladan melalui Ibu Bapa.
Nasihat demi nasihat, teguran demi teguran....dilampirkan bersama cinta dan kasih sayang sehinggakan ada madah melayu yang menyatakan- nyamuk seekorpun seorang ibu tidak benarkan hinggap pada anaknya, bagai menatang minyak yang penuh dan sebagainya....
Istiqomah ibu bapa dalam memberikan panduan dan nasihat kepada anak sehingga anak itu dewasa akan menjadikannya seorang yang sentiasa berada dalam landasan yang betul...selagi mana anak itu berpegang pada nasihat dan ajaran ibu bapanya..
Semakin anak itu meningkat dewasa, semakin dia memerhati dan mentafsir perilaku ibu bapa...Bahagianya anak itu apabila ketika ada masalah dan cabaran yang dihadapi dalam hidupnya, dibantu penyelesaian nasihat oleh ibu bapa...Walaupun kadangkala ibu bapa hanya berada di sisi masalah tidak masuk ke dalamnya, senyuman dan kata2 semangat dari mereka sudah cukup membuatkan anak tersenyum lega....Kata2 semangat, kata2 positif hadir melalui mereka. Ibu bapa yang tidak mudah putus asa, sentiasa berganding bahu mendidik anak dan memastikan anak selesa......nikmat apakah lagi yang perlu didustakan?Hargailah ibu bapa, sayangilah ibu bapa sebagaimana kasih dan sayangnya ibu bapa pada anak semenjak kecil....
Ibu Bapa Sematkan sentiasa dihati....wslm.

Sunday, April 11, 2010

Kejar Sampai Dapat!!!



Kejar sampai dapat.......

Perjalanan kehidupan..
Dikiri kanan banyak cabaran..
Keseorangan...itu ujian..
Mengharungi perjalanan....
Takdir Maha Esa..
Restu ayah bonda...
Mencapai cita-cita...
Usah putus asa..
Kelak kan berjaya..
Mencapai matlamat..
Jika tiba suatu ketika..
Langkah tidak berjaya..
Tetap terus usaha.....
Tuhan Maha Esa...
Rezeki itu ada...
Masanya kan tiba....InsyaAllah....
Jadi..jom kejar sampai dapat....Banyak yang boleh dikejar..mengikut kepentingan masing2x..Ilmu, kegembiraan, pekerjaan, semangat..dan sebagainya..Semoga tidak mudah putus asa...kena kuat semangat!wslm.

Monday, April 5, 2010

"SEPULUH Yang Istimewa"


Kami kenal tak lama....entah asal mana dan dari mana...kamipun x tahu...
Itu masa mula-mula nak kenal....
masing-masing malu-malu, segan nak tahu asal-usul, segan nak tanya khabar...maklumla masih asing lagi antara satu sama lain....kami berbeza...
Bila dah makin selalu jumpa, makin kerap bertukar-tukar pendapat..semakin banyak berkongsi ilmu...kami tolong-menolong....lama-lama dah semakin faham perangai masing-masing......Perangai yang baik dan kurang baik...apa yang suka, apa yang x suka..sape yang paling panas baran...menjerit dan mengamuk mempertahankan kami.....sape yang paling sabar..,kena tengking kena tamparpun masih boleh tahan.....
Kami masing-masing memberi kata-kata semangat dan perangsang supaya semua dapat lakukan dengan baik....walaupun kena rendam lama2 dalam air, walaupun kena siapkan assignment sampai x tidur....takpe...Alhamdulillah, masih kuat semangat....seronoknya masa tue.....Orang yang alami je yang dapat rasa.....
Cuba kira berapa?
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10................10 yang istimewa....sebab x semua tahu betapa istimewanya 10 ini.....emph...kami 10 orang...., emph....kami lahir bulan 10....,emph.....
Hari ni tengok gambar korang....bestnyer....kumpul ramai2x....
Tapi saya x da dah......sedih tapi semuanya dah takdir.....
Korang buatla yang terbaik ya.....
SEORANG TEMAN BILA BERJAUHAN DIA AKAN MENANGIS KERANA RINDU,
BILA DEKAT DIA AKAN MENANGIS KERANA TAKUT BERPISAH...
JIKA HARI INI DIA DATANG .. JANGAN BIARKAN IA BERLALU PERGI,
JIKA ESOK IA BERTANDANG, JANGAN HARAP IA KEMBALI LAGI...
SESUNGGUHNYA YANG INDAH ITU PERTEMUAN,
YANG MANIS ITU KEMESRAAN,
YANG PAHIT ITU PERPISAHAN..
YANG TINGGAL HANYALAH KENANGAN......
Kita adalah SEPULUH yang istimewa sebab hanya kita yang tahu siapa kita dan macam mana kita....
Sayang selalu-HD

Lagu Hati..

Dingin dalam jiwaku...
Disirami salju kasih-Mu..
Kususuri jalan-Mu..
Walau ranjau berliku...
Cintaku abadi untuk-Mu...

Tenang...saat merindu...
Tafakurku di hadapan-Mu..
Hanya pada-Mu Tuhan..
Ku serah diri ini..
Mohon cinta-Mu ..
Yang tulus hakiki....

Gelora silam tak bisa terpadam..
Namun harapan menggunung dihati...
Gelora kasih tak mungkin terluput...
Kerana hatiku meronta jauh..
Ingin bertemu dengan-Mu Ilahi....

Thursday, April 1, 2010

HUJAN

"Tik..tik..tik..bunyi hujan di atas genting..Lebatnya turun tidak terkira..Namun ada ketikanya ia turun renyai-renyai.."
damainya suasana mencorakkan ketenangan dalam hati...

Hadith riwayat Aisyah r.a:
Apabila hari berangin dan mendung wajah Rasullullah s.a.w tampak gelisah, mundar mandir. dan bila hujan turun, baginda berseri-seri dan hilanglah kegelisahan itu; Aisyah berkata ,"Aku bertanya hal itu kepada baginda. Baginda menjawab : Aku sangat khuatir hujan itu akan menjadi azab yang menimpa umatku. Jika melihat hujan turun baginda berkata (hujan adalah) rahmat.
Kitab Sahih Muslim :1495

Aku menghayati bunyi-bunyian air hujan yang umpama susunan lagu yang mendamaikan dan bisa memujuk hati. Indah ...Hujan yang Allah turunkan untuk manusia.,..menyuburkan tanah dan bumi, semuanya nikmat besar yang Allah kurniakan.

"tik..tik....tik...bunyi hujan atas genting....Langit kelabu makin hilang pekatnya....mungkin ada pelangi selepas ini....setelah beredarnya awan hujan itu dan terlihatnya sinar matahari petang.."
Aku masih terus menghayatinya....Anugerah kurniaan Allah....