Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, November 17, 2009

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Assalamua'laikum sahabat2. Salam muhasabah buat semua.
Teringat bait2 lirik lagu 'Wanita' nyanyian Dehearty.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, jua dekat di hati untuk dikasihi.

Hakikat wanita sebagai hiasan dunia....Wanita yang mengadun peribadi berlandas ajaran agama adalah seindah hiasan dunia.
Semua wanita ingin dan berusaha untuk menjadi yang terbaik baik dari sudut akhlak, peribadi, gerak kerja, segalanya....namun kami jua terima bahawa kami tidak sempurna......Sedaya mampu kami laksana....mudah2an ada pertolongan dan rahmat Allah sentiasa...Amin..

Eksplorasi maya berjalan dan akhirnya Solehah menjengah seketika blog iluvislam. Tertarik dengan tajuk 'lelaki yang ditarik wanita ke neraka'. Moga ada sesuatu yang kita boleh ambil iktibar dan ibrah.Salam perkongsiaan.

Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita
, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

Sumber: iluvislam.com

Tuesday, November 10, 2009

MARAHnya Seorang Insan.

"Geramnya.....nak exam pun cari pasal lagi dengan aku! Dahla asyik aku je yang mengalah....Makan hati tiap2 hari......Fuh..tarik nafas panjang2..Napela masalah ni datang sekarang.......Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ni......"


(Ambil air sembahyang...dan mula start muhasabah diri. Kenapa perasaan marah ni datang ya?!!!!Emph....)


KENALI MARAH DAN NAFSU

oleh Zakaria bin Md Shah

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

Solehah: Emph.....moga2 lepas ni dapat jadi insan yang bijak mengawal kemarahan dan lebih bersabar dengan karenah manusia...Amiin...
Salam muhasabah buat semua.

Sunday, November 8, 2009

Moga Soleh dan Solehah itu ada pada kita...


Salam perkhabaran buat semua sahabat. Bertemu di meja pena buat kesekian kali. Moga rahmat Allah sentiasa ada buat kita. Salam imtihan jua. Bertarung dan terus bertarung sehingga kertas peperiksaan yang terakhir........ + doa + tawakkal kepada Allah swt.

Jalan Wanita Menuju Ke Syurga.

- Ciri2 wanita solehah.
Secara umum, erti wanita yg solehah itu ialah wanita yg baik menurut pandangan penilaian msrkt Islam sekelilingnya. Bila seseorang wanita telah diakui baik oleh msrkt maka dalam pandangan Islam dikatakan Solehah.

Makna dr istilah : Soleh - orang yg beriman dan beramal soleh menurut ajaran Al-Qur'an, hadis dab perilaku salafus soleh.

6 ciri utama.
- berbuat baik kpd orang yang pernah berbuat jahat kepadanya.
-Bersilaturrahim dgn orang yg memutuskan silaturrahim dgnnya.

-memberi maaf kpd orang yg pernah menghalangi usaha-usahanya.
-masih memberi peluang untuk percaya kpd orang yg pernah berkhianat padanya.

-menyapa orang yg pernah menghalaunya.
-menghormati dan memuliakan orang yang pernah menghinanya.


Nabi s.a.w bersabda:
1) "Sesungghnya dunia ini adalah harta benda, dan sebaik2 harta benda dunia ialah wnita yang solehah"
(rwyt Nasa'i dan Muslim)


2) "kahwinilah wanita itu krn 4 perkara: krn hartanya, krn keturunannya, krn kecantikannya dan kerana agamanya, maka ambillh wanita yg taat kpd agama nnti kamu akan beruntung" (riwayat bukhari dan muslim)

Jom kita sama2 berusaha jadi insan yang semakin dekat dengan Allah....!!!!!


Firman Allah: maksudnya:
Dan mohonlah kpd Tuhanmu dengan perasaan takut dan penuh harap sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang2 yang berbuat baik. (Al-Qur'an - al-A'raf:56)

Salam muhasabah.wslm.