Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, August 23, 2011

Memilih Kerjaya Antara P, I, E dan S


Artikel ini di ambil dari: saifulislam.com
Merancang untuk mengubah dunia, bermula dengan mengubah diri!
“Nak ambil tawaran yang mana satu?” saya bertanya kepada isteri.
Beliau termenung.
Mungkin kedua-dua tawaran ada pro dan kontranya.
Tawaran pertama ialah sebagai pegawai penyelidik. Gaji RM1400 sebulan. Pejabat berhampiran dengan stesyen LRT dan saya belum ada lesen kereta. Menyelidik memang keseronokan saya. Dibayar gaji untuk berfikir, apakah ada yang lebih baik daripada itu?
Tawaran kedua ialah sebagai co-trainer, membantu pengarah di sebuah syarikat motivasi, perlu out station mungkin mencecah beberapa belas hari dalam sebulan, dan gaji yang ditawarkan ialah RM800 sebulan. Insya Allah elaun out station akan ditambah serba sedikit bergantung kepada komitmen.